Female Bear Cute With Flower Hairpin

Saturday, 26 January 2013

SAHABAT

Kau ada di kala ku suka, di kala duka..
Di setiap tangisan dan juga ketawa..
Kau ada di kala ku perlu..
Setia menemani ku..
Pegang erat tangan ku bila aku jatuh..
Kau lah yang selalu..
Selalu menemani ku..
Mendengar kisah pahit manis hidupku..
Kau lah yang disitu..
Setia menunggu ku..
Kau lah yang satu menjadi sahabatku..
Ku tahu ku kan selalu ada..
Ada dirimu..
Dan ku harap kau juga rasa begitu..
Kau lah yang satu menjadi sahabatku..

Aku tujukan lagu Sahabat by Najwa Latif khas untuk kawan2 yang aku pernah kenal daripada aku lahir sampai lah umur aku dah 18 tahun 11 bulan ni..

1stly, I dedicate this song to NOR IZZATI BINTI ZULKIFLE a.k.a ZATY ZULKIFLE a.k.a CIK ZATY.. She is my best friend forever and ever and she always beside me when I need her.. She is the best friend that I ever had.. Aku sayang kau, ZATY ZULKIFLE..

 
2ndly, I dedicate this song to NUR AMANINA BINTI AZMI a.k.a NINA and NUR SYAFIQAH BINTI SAHARUDDIN a.k.a PIQA a.k.a FIQA.. Aku kenal dorang time aku kat SAMSHSB.. Dorang lah yang menceriakan hari2 aku.. Piqa adalah kakak sulung, aku sebagai kakak kedua and nina pulak merangkap adik kite orang.. Haha..

3rd, I dedicate this song to my lovely group at SMVERT, KL.. They're SYIKA SAID, MEERA YAZIZ, MIEN HAFIDZ, FARAHIN BADROON a.k.a BABE and KIEA AREEHAYS.. Dorang adalah kawan2 aku yang paling Happy + Pening = HAPPENING !!

4th, I dedicate this song to YAYA ADZMI, SYAZANA ZULKIFLI a.k.a NANA and MIMY WALLAWEIYH, my friends at Asrama Serikandi SMVERT, KL..

5th, I dedicate this song to my bestie at PUO.. AINA AFIQAH BINTI AHMAD KHAIRUDDIN a.k.a INSAFLAH WOI, NOR ALIAH NABILAH BINTI NORAZMAN a.k.a ALIAHNORAZMAN, WAN NOR HIDAYAH BINTI WAN JUSOH and YAYA COMOT.. And also my classmates and ex-my classmates.


Lastly, I dedicate this song to AFNAN FITRI BIN MD JURI a.k.a DELTA FORCE a.k.a FITRI ORTON.. He is my lovey dovey hubby and also can be my best friend.. Disebabkan dia ni special sikit dihati saya, so saya kena lah letak kat bawah2.. Barulah surprise.!huhu.. Dia lah yang menjadi inspirasi aku setelah pemergian ayah.. Dia jugak lah yang selalu ceriakan aku bila aku tengah sedih and suka sangat sakat sakat sakat sakat aku.. Thanks yunk.! A lot of love from me..






Lastly, thanks so much to you all sama ada yang tersenarai kat atas ataupun tidak, yang pernah or still jadi kawan kepada yang empunya blog ni, NUR FARAHIN BINTI MOHD SHARIF a.k.a FARAH SHARIF a.k.a FARA RED LOVERZ a.k.a FARARED a.k.a FARAH AIN SHARIF..

Sayang korang sangat sangat sangat sangat.. Mmmmuuuuaaaahhhhxxxx.!!


Tuesday, 22 January 2013

Aku yang tersakiti

Kalau tengok daripada tajuk kat atas tu, macam tajuk lagu an.?? Bukan macam lah tapi memang betul pun.. "tak pernah kau sedari aku lah yang kau sakiti.??" Memang kau tak pernah sedar pun.. Kalau kau sedar pun, kau pura-pura tak sedar sebab kau "SELFISH!" Title "aku yang tersakiti" tu memang sesuai untuk aku sebab aku dah cukup menahan sakit dah sekarang ni.. Aku tawu aku memang tak sebaik korang tapi aku ada hati dan perasaan.. Aku tawu aku dah buat salah yang besar sampai aku langgar prinsip hidup aku selama ni yang aku pertahankan.. Sebelum ni aku boleh tahan lagi korang mengata, mengutuk and mengumpat aku.. Aku just diam and sabar je.. Tapi tahap kesabaran seseorang tu pun ada limit nye.. Aku dah puas menangis sepanjang aku hidup kat dunia ni.. Hidup aku tak macam hidup korang yang ada happy and complete family.. Korang sepatutnye bersyukur.. Aku just nak merasakan KEBAHAGIAAN je sekarang ni.. Tapi korang langsung taknak bagi aku merasa untuk hidup bahagia walaupun hanya sesaat.. Mungkin ini memang dah jalan takdir aku.. Menangis, menangis dan menangis! Seriously aku cakap, aku dah penat sangat ngan life aku sekarang ni.. Aku tak pernah rasa sepenat ni.. Tapi selepas apa yang menimpa aku tahun lepas, dengan aku kehilangan insan yang paling aku bergantung harap, my life is nothing.. Hari-hari yang aku lalui pun tak seindah dan seceria dulu.. Setiap hari pasti akan ada perkara yang boleh buat airmata aku mengalir.. Aku tak tawu lah sama ada aku yang sensitif sangat atau perkara tu terlalu menyakitkan aku sampai boleh membuatkan aku menitiskan airmata..

Kalau kau memang nak jatuhkan aku, buat lah.. Aku terima.. Tapi satu je pesan aku, jangan menyesal kalau satu hari nanti kau tak sempat nak mintak maaf kat aku.. Aku nak bagitahu kau, bukan salah aku atas apa yang terjadi ni.. Tapi kalau kau still nak salahkan aku, terpulang lah.. Kita ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain.. Aku dah tak tawu macam mana nak explain kat kau lagi.. Kalau kau nak letak kan semua kesalahan tu atas bahu aku, letak lah.. Kau puas kan lah diri kau tu dengan menyakiti hati dan perasaan aku.. Aku kat sini akan terus menangis tanpa berhenti sampai lah Allah sendiri yang hapuskan airmata aku ni..

Andai satu hari nanti aku dah takde, aku taknak kau menyesal atas apa yang kau dah buat pada aku..
Andai satu hari nanti aku dah takde, aku mohon kau jangan buat orang lain macam mana kau buat kat aku..
Andai satu hari nanti aku dah takde, aku harap kau nilai lah diri kau dari dalam bukan dari luaran..

Apa-apa pun, THANKS SO MUCH kerana telah berjaya membuat aku menangis lagi.. Aku doakan semoga kau hidup bahagia.. Aku masih belum dipilih oleh Allah s.w.t untuk merasai kebahagiaan tu.. Semoga suatu hari nanti, aku akan bertemu kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak disamping ayah and mama tercinta yang telah pun menghadap Illahi..

Wassalam..


Monday, 3 December 2012

3 DISEMBER 2012 (tarikh keramat)

Hari ni 3 DISEMBER 2012 adalah satu lagi tarikh keramat bagi aku.. For the 1st time in my life, ada seorang lelaki yang propose aku sepertimana yang aku angankan sebelum ni.. Aku tak pernah terfikir yang angan2 and impian aku ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti.. Alhamdulillah, salah satu daripada doa aku dah pun dimakbulkan oleh Allah..


Tuesday, 27 November 2012

Happy, Sedih, Tension, Confused, Serabut... semua bercampur-baur..

Sebenarnye aku dah malas dah nak update blog ni tapi tetibe hari ni aku rasa cam tangan aku ni gatal nak menaip pulak.. 1stly, aku nak cerita mengenai kebahagiaan yang aku kecapi bersama kawan2 aku.. Aku, Yaya, Aina, Mira and Ida buat kerja giler.. Cuba teka apa kerja giler yang kite orang buat.?? Tak yah nak teka sangat lah an, biar aku bagitahu je.. Kite orang sewa kereta and pergi overnight to Penang.. Dah lah waktu tu musim final exam.. Kite orang ada lagi satu paper lagi.. Tapi sebab nak release tension punye pasal, overnight kat Penang.. Kite orang pergi mandi kat Batu Feringghi and jalan2 kat area Queensbay, Gurney, Padang Kota and banyak lah lagi tempat nye an.. Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat kite orang rakamkan sewaktu di Penang..

Gambar yang kat atas ni kite orang tangkap time kite orang baru je sampai kat Penang.. Muka kawan2 aku semua comell je tapi muka aku muka mengantuk je.. Bukan setakat mengantuk malah sedikit keletihan sebabnye aku lah yang menjadi "driver" dorang ke Penang ni..hehe..

           Gambar yang kat bawah ni pulak kite orang snap kat Batu Feringghi.. Masing2 gian sangat nak mandi laut.. So,bila dah jumpa laut, ni lah jadinye..


Ceria je kan kawan2 aku ni.??Haha.. Aku HAPPY sangat bila tengok dorang ceria cam ni.. Sebelum2 ni bukan lah dorang tak ceria, cuma masing2 kerjanye asyik menghadap buku je.. Naik bosan jugak aku tengok kadang2.. Tapi bila bawa dorang kat sini, terserlah keceriaan muka dorang.. Mesti korang pelik an kenapa aku takde dalam gambar tu.. Actually, waktu ni I've got a big big big problem.. Aku curi masa2 cam ni untuk tenangkan fikiran aku yang memang sedia serabut waktu ni ea..

           Now, bermula lah kisah yang tak berapa nak happy.. Seriously, apa yang jadi dalam hidup aku sekarang ni bukanlah aku yang mintak.. Aku sedih sangat3 sebab ada yang salah anggap pasal aku and dia.. Aku dituduh sebagai "PERAMPAS!!".. Title yang paling aku tak suka dengar.. For the 1st time in my life benda ni jadi.. Sepanjang aku hidup kat muka bumi Allah ni, aku tak pernah dituduh sebagai "perampas" boyfriend kawan aku sendiri.. And perkara ni lah yang aku paling takut sekali.. And now, betul2 jadi.. Bila aku renung balik kata2 arwah ayah aku memang betul.. Arwah ayah pernah cakap "kita jangan terlalu takot dengan sesuatu keadaan tu sebab satu hari nanti kemungkinan perkara yang kita takut tu lah yang akan jadi".. Ini adalah perkara ke-2 yang aku takut benda ni jadi, tapi jadi jugak akhirnye.. Perkara pertama yang aku takut jadi dulu ialah aku takut kalau suatu hari nanti ayah aku jatuh sakit and tinggalkan aku buat selama-lamanya.. And ia benar2 terjadi pada bulan 4 tahun ni bila arwah ayah jatuh sakit and akhirnye menghembuskan nafasnye yang terakhir.. And now, the 2nd thing bila orang tuduh aku "perampas" boyfriend kawan aku.. Aku sedih sangat bila dituduh cam ni oleh kawan2 yang aku paling percaya.. Tak perlu lah aku ceritakan secare detail apa yang terjadi sebab aku taknak mengaibkan sesiapa.. Benda dah pun berlaku.. Nasi dah jadi bubur.. Tak ada yang boleh diubah.. Cuma aku tak suka dituduh macam ni tanpa korang dengar penjelasan daripada mulut aku.. Tak dapat aku gambar kan perasaan sedih yang aku alami sekarang ni..
 
Hanya melalui emoticon ni je lah aku dapat gambarkan muka aku sekarang ni..
Tapi comell jugak an emoticon ni.?? (same like me)..HAHA..

Aku bukannye sedih je atas apa yang jadi pada aku sekarang ni.. Tapi kadang2 tu aku pun confused sebab aku tak tahu macam mana nak settlekan masalah ni sebab nye semua orang taknak dengar penjelasan daripada pihak aku.. Aku kecewa sebab sepatutnye bila jadi cam ni kite tak sepatutnye dengar daripada sebelah pihak je.. Kedua-dua pihak perlu bersuara.. Dan kepada yang mendengar, terpulanglah kepada korang sama ada nak percaya pihak yang mana satu.. Masing2 dah besar an.. Boleh fikir mana satu yang betul and mana satu yang salah.. And jangan nak judge orang sesuka hati kalau korang tak tahu cerita sebenar..

Nampak tak betapa confused nye aku sampai ada 3 tanda soal kat atas kepala aku tu..hehe..
Tanda soal yang pertama untuk soalan ni, "Kenapa dorang sanggup tuduh aku cam tu tanpa dengar penjelasan aku??".. Kedua, "Sampai bila dorang akan aim aku sebagai "perampas".??" and yang ketiga, "Bila lah masalah ni nak selesai.??"

Bila dah jadi confused ni, mulalah kepala aku serabut memikirkan apa yang jadi ni.. Sampai tak tidur malam aku dibuatnye.. Bukan setakat tak tidur malam, malah aku larikan diri aku daripada semua benda ni dengan cara overnight ke Penang bersama kawan2 baik aku.. 

     Walaupun ramai yang pandang serong kat aku sekarang ni and nama aku pun agak buruk jugak, tapi aku bersyukur sangat3 sebab aku masih ada Aina, Ida, Yaya, Mira and classmates aku yang banyak bagi support and nasihatkan aku.. Thanks so much, friends.. Aku sayang korang sangat3.. And tak lupe jugak kepada "si dia" yang bagi kata2 semangat and banyak jugak nasihatkan aku..ILOVEYOU!!! <3 

Sampai disini je lah aku taip.. Nanti kalau ada cerita2 baru, aku akan share ngan korang lagi kay.. Bubye.!

                 

Thursday, 8 November 2012

Editing..............

b
Bila ada masa terluang....... Ni lah yang aku akan buat.. Edit gambar.. Tapi aku takde lah terror sangat an.. Setakat dapat menghilangkan bosan tu boleh lah..hehe

Tuesday, 31 July 2012

Life at Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh

Pada 7 hari bulan yang akan datang ni genap lah sebulan aku berada kat Bandar Ipoh, Perak ni atau lebih tepat lagi genap sebulan aku belajar kat PUO ni.. So far, alhamdulillah aku okay je kat sini.. Tak de perkara yang menyakitkan terjadi lagi lah.. Hope tak de lah perkara yang menyakitkan terjadi.. Waktu pertama kali aku nak dihantar untuk sambung belajar ke sini, memang aku sedih sangat3 sampaikan bukan aku yang kemas kain baju aku..hehe.. Moment yang paling sedih sebelum aku nak berangkat pergi Perak ni ialah time sebelum nak masuk kereta.. Tiba-tiba aku teringat arwah ayah.. Arwah ayah pernah cakap "walau macam mana sekalipun ayah tetap nak keluar dari hospital ni nak hantar adik pergi belajar".. Terngiang-ngiang kat telinga aku saat ayah menuturkan ayat tu sewaktu aku menjaganye dihospital dulu.. Tapi semua tu tak sempat berlaku.. Ayah terpaksa pergi dulu sebelum sempat menghantar aku ke Ipoh ni.. Tapi aku tahu, ayah pasti melihat aku dari jauh..T_T..Okay, now stop citer sedih-sedih ni..

             Sekarang ni aku nak cerita pasal life aku and kawan2 aku kat sini.. So far, aku dapat kawan-kawan yang selalu buat aku rasa happy dan lupakan seketika sejarah hitam yang terjadi pada hidup aku sebelum aku datang ke sini.. Kalau kat KAMSIS (asrama Politeknik Ungku Omar) ni, ofcourse lah aku kawan dengan roommate aku, IDA.. Aku beruntung sebab kebetulan aku dapat roommate yang senasib dengan aku.. Anak yatim piatu macam aku jugak.. Cumanye ayah dia meninggal waktu umur dia 2tahun and mama dia pulak meninggal pada penghujung bulan April hari tu and aku pulak terbalik dengan dia.. Mak aku meninggal 10tahun yang lepas and ayah aku pulak meninggal pada 9 Jun hari tu.. Ada satu hari tu aku and ida cerita pasal keakraban kite orang dengan mak and ayah kite orang, sampailah kite orang menangis dan berpelukan antara satu sama lain sebab terlalu merindui parents kite orang.. Selain dengan ida, aku kawan dengan AFAF, BIEHA, TIRA and LEEN.. Afaf ni mek dari Kelate.. Bila dia dah start cakap kelate, memang tak berapa nak faham kite orang diwatnye..Haha.. Afaf sama course dengan aku iaitu Diploma in Business Study.. Bieha pulak suka buat kite orang tergelak dengan lawak2 dia tu.. Setiap hari ada je idea dia nak buat orang tergelak.. Bieha ni sama course dengan ida iaitu Diploma in Computer Programming.. Tira pulak ada je gelagat dia yang buat kite orang tergelak especially time tengah makan.. Tira ni study Diploma Seni Bina and lastly ialah Leen.. Dia ni lembut sikit orang nye.. Sesuai lah dengan nama dia tu.. "Leen" kan bermaksud lembut.. Tapi kadang2 tu ada jugak lawaknye tu.. Leen study Diploma in Civil Engineering.. Kite orang memang selalu berenam je.. Keluar jalan2 or buka puasa sama2.. Tapi aku tak de lah pulak gambar dorang yang aku nak share ngan korang.. Nanti aku masukkan lah dikemudian hari untuk tatapan korang..hehe..

            Next story aku nak share pasal budak class aku pulak.. Kalau kat dalam class, aku rapat dengan semua orang tak kesah lah lelaki or perempuan.. Tapi yang paling aku rapat adalah dengan ALIA, AINA dan IDA.. Bukan ida roommate aku ea tapi ni wan nor hidayah.. Orang ganu kite..hehe.. Selalunye kalau ada pape, aku memang selalu dengan alia je.. Antara kite orang berempat ni, Aina lah yang paling gila2 otak dia..haha.. Gara-gara Aina jugaklah nama aku sampai bertukar.. Kalau selama ni orang kenal aku sebagai farah tapi kat sini orang kenal aku sebagai "AIN".. Tapi panggilan "AIN" tu hanya di kampus ea.. Kalau di KAMSIS, dorang masih panggil aku "farah"..

Kat bawah ni ada gambar aku dengan budak2 class aku..

<--- Gambar sebelah kiri ni gambar Aina, Alia and aku.. Aina yang pakai tudung purple tu.. Color favourite dia.. Alia pulak pakai baju biru andtudung hitam tu.. Yang baju merah tu ehem2 saya lah.. Siapa lagi kan.. Kalau nak tahu ida yang mana satu, tengok gambar belah kiri sekali tu.. Dia yangpakai selendang warna merah tu.. Yang berdiri kat belakang tu..


Gambar yang bawah ni pulak gambar budak2 lelaki class laki.. Tapi ni pun tak complete.. Yang kiri sekali tu apek a.k.a Ahmad Nazirul.. Dia orang Melakau..haha.. Tapi dia nak tukar course dah.. Dia nak ambil course civil engineering.. Yang tengah2 tu Zulkarnain.. Tapi sekarang ni dia dah tukar course dah.. Dia amik accountancy.. Asal dari Johor.. Yang duduk sebelah Alia tu ialah Azam.. Dialah monitor class kite orang.. Orang Kedah..

Actually, gambar ni kite orang baru je ambil waktu hari Ahad hari tu.. Waktu ni kite orang berbuka puasa sama2 kat food court jusco Kinta City Mall..

Sampai disini sahaja lah aku update blog aku ni.. Nanti ada story yang best, aku share dengan korang lagi okay.. Bubye.!!!

Wednesday, 4 July 2012

DIA dihatiku FOREVER and ever..


Tanggal 9 JUN 2012 adalah hari yang paling sedih bagi aku kerana satu-satunya insan yang aku paling sayang didunia ini telah diambil oleh ALLAH s.w.t.. Insan itu ialah ayahanda ku yang tercinta MOHD SHARIF BIN ABU.. Hari itu aku rasa seolah-olah dunia aku jadi gelap.. Aku seolah-olah tidak kenal sesiapa pada hari itu kerana merasa kehilangan yang teramat sangat.. 10 tahun aku hidup dengan ayah aku tanpa seorang insan bergelar “ibu”.. Ayah lah yang mengambil alih tempat mak untuk menjaga dan membesarkan aku setelah arwah mak “pergi” menghadap Allah..

               Pada 9 JUN 2012, lebih kurang pukul 1.40ptg aku and angah pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat ayah di wad 8C.. Sebaik masuk ke dalam bilik ayah, aku terus ambil tempat duduk bersebelahan dengan katil ayah.. Aku hanya mampu memandang wajah ayah.. Ketika itu ayah dah tak mampu untuk bercakap dengan sesiapa lagi.. Ayah hanya diam membisu.. Selepas agak puas aku menatap wajah ayah ketika itu, aku keluar dari bilik itu dan terus melangkah ke tempat letak kereta bersama sepupu and bakal kakak ipar aku.. Setelah agak lama menunggu angah dalam kereta, tiba-tiba aku jadi tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang terjadi kepada ayah.. Kakak ipar aku yang tengok aku seperti tidak senang duduk terus menelefon angah.. Apa yang aku rasakan sebentar tadi benar2 terjadi.. Angah suruh bawa aku naik ke bilik ayah sebab ayah dah mula sesak nafas.. Lantas aku terus melangkah keluar dari kereta dan terus bergerak ke pintu masuk hospital.. Nasib baik aku dibenarkan masuk kerana ketika itu waktu melawat dah habis.. Sampai saja di tingkat 8, angah cakap tak boleh masok dalam bilik ayah sebab doktor semua tengah kerumun ayah.. Aku hanya mampu duduk diluar wad tu sambil berdoa semoga ayah tak apa-apa.. Tak lama lepas tu, doktor keluar dari bilik ayah.. Aku tak tawu apa yang doktor katakan pada angah dan jugak pakcik-pakcik aku sebab aku hanya menunggu diluar wad bersama sepupu-sepupu and makcik aku.. Angah keluar dari wad dan terus mendapatkan aku sambil menuturkan ayat ini “ayah dah tak de” dalam keadaan menangis.. Bila ayat tu sampai sahaja ke telinga aku, tak de apa yang mampu aku katakan.. Tubuh aku secara automatik terus berasa lemah.. Aku hanya mampu menangis sahaja ketika itu.. Dimata aku pula terbayang-bayang saat-saat manis aku bersama ayah ketika ayah masih sihat dulu.. Lebih kurang 20 minit berlalu, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan teriakan angah yang mengatakan ayah masih ada nafas lagi.. Aku terus bangun dan terus masok ke bilik ayah.. Pakcik aku terus panggil nurse and doktor.. Doktor yang check ayah pun terkejut sebab denyutan nadi ayah masih ada.. Angah pula tidak putus2 membisikkan kalimah “LAILAHAILLAH” di telinga ayah.. Sementara aku pula bersyukur kerana ayah masih ada.. Tapi tu sume tak lama.. Mesin yang doktor pasang sebentar tadi untuk memeriksa degupan jantung ayah kini telah menunjukkan satu garis lurus.. Kali ni doktor mengesahkan yang ayah dah tak de.. Hampir jatuh aku dibuatnye kali ni bila tahu yang ayah betul2 dah tak de.. Aku melihat sekujur tubuh ayah yang telah kaku dan diselimutkan dari kaki hinggalah ke kepala dari jauh selepas aku betul2 tak mampu untuk berdiri lagi.. Pakcik2,makcik and sepupu aku terpakse bergilir-gilir papah aku sampailah ke bilik mayat di hospital  tu.. Selepas dimandikan dan dikapankan, aku berpeluang untuk menatap dan mencium wajah ayah untuk yang terakhir kalinye.. Terasa sejuk bibir aku saat mencium pipi arwah ayah.. Nampak tenang wajah ayah ketika itu seolah-olah orang yang sedang tidur nyenyak.. Ya, ayah memang tidur.. Tapi tidur untuk selama-lamanya.. Bersih dan putih wajah arwah ayah.. Alhamdulillah.. Boleh dikatakan pada hari tu airmata aku tak penah kering menitis dipipi aku.. Bak kata my bestie, ZATY ZULKIFLE yang turut datang menjenguk arwah ayah “nangislah farah jangan tahan2”.. Jenazah arwah ayah selamat disemadikan di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan lebih kurang pukul 10.30 malam.. Kubur ayah terletak sebaris dengan kubur arwah mak.. Cuma selang 8 buah kubur dari kubur arwah mak..

               Ujian yang Allah berikan pada aku kali ini teramat berat untuk aku tempuh.. Insan yang bergelar ibu dan ayah pada aku kedua-duanya telah menghadap Ilahi.. Terlalu cepat masa berlalu.. Aku dapat hidup dengan arwah mak sampai umo aku 8 tahun je.. Dan selama 18 tahun, aku hidup dengan ayah selepas 10 tahun pemergian mak.. Sekarang, aku kena jalani hidup aku tanpa ada insan bergelar “mak” dan “ayah”..  Walaupun mak dan ayah dah pegi jauh dan takkan balik lagi tapi mak dan ayah tetap kat hati adik sampai bila2.. Tak akan ada seorang pun yang dapat ganti tempat mak dan ayah kat hati adik.. Adik akan sentiasa doakan semoga mak dan ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mak dan ayah.. Amiin.. Al-Fatihah..

               Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan juga kawan2 saya yang banyak memberikan kata2 semangat pada saya.. Thanks so much...