Tanggal 9 JUN 2012 adalah hari yang paling sedih bagi aku
kerana satu-satunya insan yang aku paling sayang didunia ini telah diambil oleh
ALLAH s.w.t.. Insan itu ialah ayahanda ku yang tercinta MOHD SHARIF BIN ABU..
Hari itu aku rasa seolah-olah dunia aku jadi gelap.. Aku seolah-olah tidak
kenal sesiapa pada hari itu kerana merasa kehilangan yang teramat sangat.. 10
tahun aku hidup dengan ayah aku tanpa seorang insan bergelar “ibu”.. Ayah lah
yang mengambil alih tempat mak untuk menjaga dan membesarkan aku setelah arwah
mak “pergi” menghadap Allah..
Pada 9
JUN 2012, lebih kurang pukul 1.40ptg aku and angah pergi Hospital Tengku Ampuan
Rahimah untuk melawat ayah di wad 8C.. Sebaik masuk ke dalam bilik ayah, aku
terus ambil tempat duduk bersebelahan dengan katil ayah.. Aku hanya mampu
memandang wajah ayah.. Ketika itu ayah dah tak mampu untuk bercakap dengan
sesiapa lagi.. Ayah hanya diam membisu.. Selepas agak puas aku menatap wajah
ayah ketika itu, aku keluar dari bilik itu dan terus melangkah ke tempat letak
kereta bersama sepupu and bakal kakak ipar aku.. Setelah agak lama menunggu
angah dalam kereta, tiba-tiba aku jadi tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu
yang terjadi kepada ayah.. Kakak ipar aku yang tengok aku seperti tidak senang
duduk terus menelefon angah.. Apa yang aku rasakan sebentar tadi benar2
terjadi.. Angah suruh bawa aku naik ke bilik ayah sebab ayah dah mula sesak
nafas.. Lantas aku terus melangkah keluar dari kereta dan terus bergerak ke
pintu masuk hospital.. Nasib baik aku dibenarkan masuk kerana ketika itu waktu
melawat dah habis.. Sampai saja di tingkat 8, angah cakap tak boleh masok dalam
bilik ayah sebab doktor semua tengah kerumun ayah.. Aku hanya mampu duduk
diluar wad tu sambil berdoa semoga ayah tak apa-apa.. Tak lama lepas tu, doktor
keluar dari bilik ayah.. Aku tak tawu apa yang doktor katakan pada angah dan
jugak pakcik-pakcik aku sebab aku hanya menunggu diluar wad bersama
sepupu-sepupu and makcik aku.. Angah keluar dari wad dan terus mendapatkan aku
sambil menuturkan ayat ini “ayah dah tak de” dalam keadaan menangis.. Bila ayat
tu sampai sahaja ke telinga aku, tak de apa yang mampu aku katakan.. Tubuh aku
secara automatik terus berasa lemah.. Aku hanya mampu menangis sahaja ketika
itu.. Dimata aku pula terbayang-bayang saat-saat manis aku bersama ayah ketika
ayah masih sihat dulu.. Lebih kurang 20 minit berlalu, tiba-tiba kami semua
dikejutkan dengan teriakan angah yang mengatakan ayah masih ada nafas lagi..
Aku terus bangun dan terus masok ke bilik ayah.. Pakcik aku terus panggil nurse
and doktor.. Doktor yang check ayah pun terkejut sebab denyutan nadi ayah masih
ada.. Angah pula tidak putus2 membisikkan kalimah “LAILAHAILLAH” di telinga
ayah.. Sementara aku pula bersyukur kerana ayah masih ada.. Tapi tu sume tak
lama.. Mesin yang doktor pasang sebentar tadi untuk memeriksa degupan jantung
ayah kini telah menunjukkan satu garis lurus.. Kali ni doktor mengesahkan yang
ayah dah tak de.. Hampir jatuh aku dibuatnye kali ni bila tahu yang ayah betul2
dah tak de.. Aku melihat sekujur tubuh ayah yang telah kaku dan diselimutkan
dari kaki hinggalah ke kepala dari jauh selepas aku betul2 tak mampu untuk
berdiri lagi.. Pakcik2,makcik and sepupu aku terpakse bergilir-gilir papah aku
sampailah ke bilik mayat di hospital
tu.. Selepas dimandikan dan dikapankan, aku berpeluang untuk menatap dan
mencium wajah ayah untuk yang terakhir kalinye.. Terasa sejuk bibir aku saat
mencium pipi arwah ayah.. Nampak tenang wajah ayah ketika itu seolah-olah orang
yang sedang tidur nyenyak.. Ya, ayah memang tidur.. Tapi tidur untuk
selama-lamanya.. Bersih dan putih wajah arwah ayah.. Alhamdulillah.. Boleh
dikatakan pada hari tu airmata aku tak penah kering menitis dipipi aku.. Bak
kata my bestie, ZATY ZULKIFLE yang turut datang menjenguk arwah ayah “nangislah
farah jangan tahan2”.. Jenazah arwah ayah selamat disemadikan di kampung
halamannya di Rembau, Negeri Sembilan lebih kurang pukul 10.30 malam.. Kubur
ayah terletak sebaris dengan kubur arwah mak.. Cuma selang 8 buah kubur dari
kubur arwah mak..
Ujian
yang Allah berikan pada aku kali ini teramat berat untuk aku tempuh.. Insan
yang bergelar ibu dan ayah pada aku kedua-duanya telah menghadap Ilahi..
Terlalu cepat masa berlalu.. Aku dapat hidup dengan arwah mak sampai umo aku 8
tahun je.. Dan selama 18 tahun, aku hidup dengan ayah selepas 10 tahun
pemergian mak.. Sekarang, aku kena jalani hidup aku tanpa ada insan bergelar
“mak” dan “ayah”.. Walaupun mak dan ayah
dah pegi jauh dan takkan balik lagi tapi mak dan ayah tetap kat hati adik
sampai bila2.. Tak akan ada seorang pun yang dapat ganti tempat mak dan ayah
kat hati adik.. Adik akan sentiasa doakan semoga mak dan ayah ditempatkan
bersama orang2 yang soleh dan solehah.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas
roh mak dan ayah.. Amiin.. Al-Fatihah..
Di
kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh
ahli keluarga saya dan juga kawan2 saya yang banyak memberikan kata2 semangat
pada saya.. Thanks so much...
No comments:
Post a Comment