Kalau tengok daripada tajuk kat atas tu, macam tajuk lagu an.?? Bukan macam lah tapi memang betul pun.. "tak pernah kau sedari aku lah yang kau sakiti.??" Memang kau tak pernah sedar pun.. Kalau kau sedar pun, kau pura-pura tak sedar sebab kau "SELFISH!" Title "aku yang tersakiti" tu memang sesuai untuk aku sebab aku dah cukup menahan sakit dah sekarang ni.. Aku tawu aku memang tak sebaik korang tapi aku ada hati dan perasaan.. Aku tawu aku dah buat salah yang besar sampai aku langgar prinsip hidup aku selama ni yang aku pertahankan.. Sebelum ni aku boleh tahan lagi korang mengata, mengutuk and mengumpat aku.. Aku just diam and sabar je.. Tapi tahap kesabaran seseorang tu pun ada limit nye.. Aku dah puas menangis sepanjang aku hidup kat dunia ni.. Hidup aku tak macam hidup korang yang ada happy and complete family.. Korang sepatutnye bersyukur.. Aku just nak merasakan KEBAHAGIAAN je sekarang ni.. Tapi korang langsung taknak bagi aku merasa untuk hidup bahagia walaupun hanya sesaat.. Mungkin ini memang dah jalan takdir aku.. Menangis, menangis dan menangis! Seriously aku cakap, aku dah penat sangat ngan life aku sekarang ni.. Aku tak pernah rasa sepenat ni.. Tapi selepas apa yang menimpa aku tahun lepas, dengan aku kehilangan insan yang paling aku bergantung harap, my life is nothing.. Hari-hari yang aku lalui pun tak seindah dan seceria dulu.. Setiap hari pasti akan ada perkara yang boleh buat airmata aku mengalir.. Aku tak tawu lah sama ada aku yang sensitif sangat atau perkara tu terlalu menyakitkan aku sampai boleh membuatkan aku menitiskan airmata..
Kalau kau memang nak jatuhkan aku, buat lah.. Aku terima.. Tapi satu je pesan aku, jangan menyesal kalau satu hari nanti kau tak sempat nak mintak maaf kat aku.. Aku nak bagitahu kau, bukan salah aku atas apa yang terjadi ni.. Tapi kalau kau still nak salahkan aku, terpulang lah.. Kita ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain.. Aku dah tak tawu macam mana nak explain kat kau lagi.. Kalau kau nak letak kan semua kesalahan tu atas bahu aku, letak lah.. Kau puas kan lah diri kau tu dengan menyakiti hati dan perasaan aku.. Aku kat sini akan terus menangis tanpa berhenti sampai lah Allah sendiri yang hapuskan airmata aku ni..
Andai satu hari nanti aku dah takde, aku taknak kau menyesal atas apa yang kau dah buat pada aku..
Andai satu hari nanti aku dah takde, aku mohon kau jangan buat orang lain macam mana kau buat kat aku..
Andai satu hari nanti aku dah takde, aku harap kau nilai lah diri kau dari dalam bukan dari luaran..
Apa-apa pun, THANKS SO MUCH kerana telah berjaya membuat aku menangis lagi.. Aku doakan semoga kau hidup bahagia.. Aku masih belum dipilih oleh Allah s.w.t untuk merasai kebahagiaan tu.. Semoga suatu hari nanti, aku akan bertemu kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak disamping ayah and mama tercinta yang telah pun menghadap Illahi..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment