Alhamdulillah semalam genap 2 minggu aku practical.. 1st day masuk tu memang segan giler arh + tak tawu nak buat apa walaupun company tu boleh dikatakan family company and yang kerja kat situ pun majority nye sedare2 aku jugak tapi still rasa kekok.. And yang paling aku bersyukur sangat sebab aku tak memerlukan masa yang lama pun untuk aku rapat ngan dorang berbanding ngan kawan2 aku yang lain yang ngah practical jugak.. Officemates aku semua memang sporting habis lah an.. Especially, kak nad.. So far, kerja yang aku dapat pun banyak mengajar aku and sedikit sebanyak bagi aku memahami dunia pekerjaan..
Betul lah kata orang, bila kita dah kerja, memang kita rasa malas nak sambung belajar balik sebab kerja lagi menyeronokkan berbanding dengan belajar.. Itu lah yang aku rasa sekarang ni.. Tapi tu tak bermakna aku nak stop study semata-mata nak keja.. Aku akan teruskan niat aku and harapan arwah ayah aku untuk terus sambung belajar setinggi yang mungkin supaya suatu hari nanti aku boleh jadi seorang perempuan yang bekerjaya.. And I know, I'm very workaholic person.. Walaupun ada sesetengah orang cakap perempuan tak sepatutnya workaholic sebab akhirnya tempat dia kat dapur jugak and ada jugak orang cakap, perempuan yang workaholic ni lelaki susah nak dekat sebab perempuan ni terlalu busy ngan keja.. Bagi aku, aku tak kesah pun orang nak cakap apa.. Memang lah perempuan bila dia dah berkahwin tempat dia kat dapur jugak tapi tak salah kalau aku nak workaholic sebab aku memikirkan yang takde sape dah nak tanggung aku.. I've no parents.. So, aku lah yang kena tanggung diri aku sendiri untuk teruskan hidup.. Tak boleh ak bergantung pada sesape melainkan Allah.. And pasal statement yang lelaki susah nak dekat tu, aku tak peduli sangat sebab bagi aku Allah dah sediakan jodoh untuk hambaNya cuma kita sebagai hamba Dia hanya perlu berdoa supaya dikurniakan jodoh yang terbaik.. Amiinn..
Okay, back to the title entry kali ni, aku sekarang ni practical kat Seksyen 9, Shah Alam at Vestime Corporation Sdn. Bhd. And let me introduce my officemates..
Itu lah antara officemates aku.. Bagi sesiapa yang kenal family aku, dia tawulah mana satu abang aku and achik aku..
By the way, aku practical agak lama iaitu sepanjang 6 bulan.. So, selama 6 bulan ni aku jadi Selangorean lah.. Lepas tu jadi Ipoh-ian alek..hahahaha.. Cam pelik je bunyi "Ipoh-ian" tu..
Sampai sini je lah dulu aku update blog ni.. Don't worry kali ni aku tak take a long time to update about me sebab banyak cerita dan program yang aku kena buat sepanjang practical ni.. And aku akan share ngan korang.. Bubye ! Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment