Hikmah pertama yang aku dapat rasakan adalah aku kini dapat menjadi seorang yang sangat berdikari dengan hidup sendirian, aku juga mampu untuk belajar jatuh dan bangun semula dengan sendiri dan atas dorongan kawan2, akak, angah and orang tersayang.. Selepas ketiadaan ayah, banyak benda and perkara yang aku kena belajar.. Segala-galanya perlu aku buat sendiri tanpa bimbingan nye lagi.. Walaupun pada mulanye aku jatuh sehingga tak mampu untuk bangun tapi kini alhamdulillah,aku dah mula berjalan.. Bukan senang nak hidup didunia ni tanpa bimbingan, dorongan dan doa kedua ibu bapa, tapi tu lah hakikat yang aku kena terima untuk meneruskan perjuangan hidup aku tanpa mama and ayah disisi..
Yang keduanya, mengenai hubungan aku bersama akak dan juga angah.. Sewaktu ayah masih hidup, hubungan kite orang tak lah serapat ni.. Nak jumpa pun susah.. Masing2 busy.. Akak busy ngan family dia, angah busy ngan keja dia and aku pulak busy ngan sekolah.. Kalau nak berkumpul satu family kena tunggu time de musibah, dinner and time raya.. Tapi lepas ayah meninggal, hubungan kite orang bertambah baik.. Hampir setiap hujung minggu atau tiap kali aku balik ke Selangor kite orang akan berkumpul kat rumah akak or rumah angah or kat mana2 je lah untuk spend time together.. Mungkin dorang dah sedar yang sekarang ni dorang tak boleh nak wat macam dulu sebab aku adalah dibawah jagaan dorang.. And aku adalah tanggungjawab.. Walaupun kadang2, dorang busy, tapi aku tak kesah sebab aku faham masing2 dah berkeluarga.. So, aku kena lah pandai2 bawa diri and jaga diri..
And lastly, apa yang aku mampu katakan ialah betullah kata orang yang rezeki anak yatim ni ada kat mana2 je.. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya, kite orang tersangat sesak tapi lama2 alhamdulillah.. Bersyukur sangat.. Thank you Allah.. And aku pun dah mampu untuk beli sebuah kereta viva menggunakan duit sendiri..
Ya Allah, hambaMu ini bersyukur atas kurniaanMu yang tak terhingga..
Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.. Sesunguhnya mereka tiada gantinya..
Aku cuma boleh kata, ni lah hadiah yang aku nak ayah aku tengok and kalau boleh bawa dia jalan2 naik kereta ni..tapi tak kesampaian..
No comments:
Post a Comment