Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya aku kini dapat menjalankan business secara kecil-kecilan.. Aku menjalankan business secara online menerusi blog, instagram dan facebook.. Saya harap agar kawan2 semua boleh lah melihat dan kalau berminat boleh membuat tempahan..
https://www.facebook.com/pages/Fitrah-Fashion-Wardrobe/568582249876463?ref=hl
http://fitrahfashionwardrobe.blogspot.com/
insta : fitrahfashionwardrobe
Pada permulaan ni, kami tak banyak mengeluarkan product, hanya sedikit sahaja.. InsyaAllah pada masa akan datang, akan lebih banyak pilihan.. Doakan kejayaan saya..
Monday, 30 December 2013
Wednesday, 25 December 2013
Hikmah yang mendatang
First of all, aku bersyukur sangat sebab selepas 1tahun 5 bulan pemergian arwah ayah aku,kini aku dapat merasakan hikmah disebalik kesedihan yang menimpa aku selepas permergiannye.. Walau pun hikmah nye tak lah terlalu besar yang aku terima, tapi aku bersyukur sangat3.. Mungkin hikmah yang Allah turunkan tak seberapa kerana Ia menyimpannye untuk diakhirat kelak..
Hikmah pertama yang aku dapat rasakan adalah aku kini dapat menjadi seorang yang sangat berdikari dengan hidup sendirian, aku juga mampu untuk belajar jatuh dan bangun semula dengan sendiri dan atas dorongan kawan2, akak, angah and orang tersayang.. Selepas ketiadaan ayah, banyak benda and perkara yang aku kena belajar.. Segala-galanya perlu aku buat sendiri tanpa bimbingan nye lagi.. Walaupun pada mulanye aku jatuh sehingga tak mampu untuk bangun tapi kini alhamdulillah,aku dah mula berjalan.. Bukan senang nak hidup didunia ni tanpa bimbingan, dorongan dan doa kedua ibu bapa, tapi tu lah hakikat yang aku kena terima untuk meneruskan perjuangan hidup aku tanpa mama and ayah disisi..
Yang keduanya, mengenai hubungan aku bersama akak dan juga angah.. Sewaktu ayah masih hidup, hubungan kite orang tak lah serapat ni.. Nak jumpa pun susah.. Masing2 busy.. Akak busy ngan family dia, angah busy ngan keja dia and aku pulak busy ngan sekolah.. Kalau nak berkumpul satu family kena tunggu time de musibah, dinner and time raya.. Tapi lepas ayah meninggal, hubungan kite orang bertambah baik.. Hampir setiap hujung minggu atau tiap kali aku balik ke Selangor kite orang akan berkumpul kat rumah akak or rumah angah or kat mana2 je lah untuk spend time together.. Mungkin dorang dah sedar yang sekarang ni dorang tak boleh nak wat macam dulu sebab aku adalah dibawah jagaan dorang.. And aku adalah tanggungjawab.. Walaupun kadang2, dorang busy, tapi aku tak kesah sebab aku faham masing2 dah berkeluarga.. So, aku kena lah pandai2 bawa diri and jaga diri..
And lastly, apa yang aku mampu katakan ialah betullah kata orang yang rezeki anak yatim ni ada kat mana2 je.. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya, kite orang tersangat sesak tapi lama2 alhamdulillah.. Bersyukur sangat.. Thank you Allah.. And aku pun dah mampu untuk beli sebuah kereta viva menggunakan duit sendiri..
Ya Allah, hambaMu ini bersyukur atas kurniaanMu yang tak terhingga..
Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.. Sesunguhnya mereka tiada gantinya..

Aku cuma boleh kata, ni lah hadiah yang aku nak ayah aku tengok and kalau boleh bawa dia jalan2 naik kereta ni..tapi tak kesampaian..
Sunday, 15 December 2013
Seandainya
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Dan setiap apa yang terjadi memberi satu pengajaran untukku teruskan hidup ini yang memberiku satu makna,
Akan ku tabahi semuanya,
Ujian telah pun nyata,
Biarpun perit akan ku telan dengan wajah senyumku,
Dan ku berdoa moga Tuhan beriku bahagia,
Maafkan diriku ini oh kasih (orang di sekelilingku),
Seandainya melukakan hatimu,
Janganlah dibenciku,
Ku hanya insan biasa yang keliru,
Jikalau ku dapat berterbangan tinggi,
Akan ku pergi ke hujung dunia ini,
Maafkan diriku,
Terlanjurku menumpangi,
Ku hanya ingin BAHAGIA.....
Friday, 13 December 2013
I'm a Practical Training Student
Alhamdulillah semalam genap 2 minggu aku practical.. 1st day masuk tu memang segan giler arh + tak tawu nak buat apa walaupun company tu boleh dikatakan family company and yang kerja kat situ pun majority nye sedare2 aku jugak tapi still rasa kekok.. And yang paling aku bersyukur sangat sebab aku tak memerlukan masa yang lama pun untuk aku rapat ngan dorang berbanding ngan kawan2 aku yang lain yang ngah practical jugak.. Officemates aku semua memang sporting habis lah an.. Especially, kak nad.. So far, kerja yang aku dapat pun banyak mengajar aku and sedikit sebanyak bagi aku memahami dunia pekerjaan.. Betul lah kata orang, bila kita dah kerja, memang kita rasa malas nak sambung belajar balik sebab kerja lagi menyeronokkan berbanding dengan belajar.. Itu lah yang aku rasa sekarang ni.. Tapi tu tak bermakna aku nak stop study semata-mata nak keja.. Aku akan teruskan niat aku and harapan arwah ayah aku untuk terus sambung belajar setinggi yang mungkin supaya suatu hari nanti aku boleh jadi seorang perempuan yang bekerjaya.. And I know, I'm very workaholic person.. Walaupun ada sesetengah orang cakap perempuan tak sepatutnya workaholic sebab akhirnya tempat dia kat dapur jugak and ada jugak orang cakap, perempuan yang workaholic ni lelaki susah nak dekat sebab perempuan ni terlalu busy ngan keja.. Bagi aku, aku tak kesah pun orang nak cakap apa.. Memang lah perempuan bila dia dah berkahwin tempat dia kat dapur jugak tapi tak salah kalau aku nak workaholic sebab aku memikirkan yang takde sape dah nak tanggung aku.. I've no parents.. So, aku lah yang kena tanggung diri aku sendiri untuk teruskan hidup.. Tak boleh ak bergantung pada sesape melainkan Allah.. And pasal statement yang lelaki susah nak dekat tu, aku tak peduli sangat sebab bagi aku Allah dah sediakan jodoh untuk hambaNya cuma kita sebagai hamba Dia hanya perlu berdoa supaya dikurniakan jodoh yang terbaik.. Amiinn..
Okay, back to the title entry kali ni, aku sekarang ni practical kat Seksyen 9, Shah Alam at Vestime Corporation Sdn. Bhd. And let me introduce my officemates..
Okay, back to the title entry kali ni, aku sekarang ni practical kat Seksyen 9, Shah Alam at Vestime Corporation Sdn. Bhd. And let me introduce my officemates..
Itu lah antara officemates aku.. Bagi sesiapa yang kenal family aku, dia tawulah mana satu abang aku and achik aku..
By the way, aku practical agak lama iaitu sepanjang 6 bulan.. So, selama 6 bulan ni aku jadi Selangorean lah.. Lepas tu jadi Ipoh-ian alek..hahahaha.. Cam pelik je bunyi "Ipoh-ian" tu..
Sampai sini je lah dulu aku update blog ni.. Don't worry kali ni aku tak take a long time to update about me sebab banyak cerita dan program yang aku kena buat sepanjang practical ni.. And aku akan share ngan korang.. Bubye ! Assalamualaikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)