Female Bear Cute With Flower Hairpin

Thursday, 20 November 2014

Afiq Fadzil's

You know what, apa yang aku boleh cakap, dia lah kawan baik aku, buah hati aku and my sayaangg..hahahah.. Macam mana aku boleh kenal dia.?? Actually, kite orang dulu satu skola rendah (SK Methodist) but seriously talk time kat skola rendah dulu aku tak penah pun lah usha2 dia ker or suke dia ker.. Ntah cam mana lepas abis skola kite orang boleh pulak "ter-contact"..hahhaha..

Dulu lepas kite orang abis SPM, kite orang penah lah declare hubungan ni tapi tak lama pun then break disebabkan .............. (rahsia).. And terus lost contact sampailah raya hari tu kite orang start contact alek tu pun sebab aku gatal pegi wish "Selamat Hari Raya" kat facebook dia.. Then as usual, tukar2 nom nfon.. Mula2 nye niat memang nak kawan je (eh sekarang ni pun bukan kawan jugak ker? Maybe lebih sesuai teman tapi mesra kot) hahahah.. Sampailah satu hari tu dia mintak tolong aku untuk jadi bridesmaid kawan dia kawin.. Mula2 tu berat jugak aku nak terima sebab tarikh kenduri kawin tu dekat sangat ngan final exam aku.. Tapi bila fikir2 alek, aku taknak lah dia pening2 nak cari orang lagi, so aku pun setuju je lah.. Start daripada situ lah kite orang kerap contact sebab memikirkan baju apa nak pakai sume lah.. Susah jugaklah nak cari baju yang sedondon and color yang sesuai.. Aku ingat kan baju dia yang susah nak cari sebab baju melayu kan tak banyak color cam baju pompuan.. Tapi terbalik pulak jadinye, nak cari baju aku yang susah sebab ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni..hahahah.. Dah jumpa yang berkenan tapi mesti besar and labuh sangat baju nye.. Aku malas nak alter baju nye sebab takot tak sempat nak siap.. Seharian kite orang mencari, and berkali-kali ulang-alek ke Seksyen 7, Shah Alam tu.. Dalam kul 6pm lebih jugak lah baru settle cari baju aku..hahahah.. Pape pun, thanks awak sebab layan kerenah saya satu hari tu kan..hehehe..

Gambar ni time kite orang kat Kuantan..
Ni lah baju yang susah sangat nak cari tu..hahahah..
By the way, credit to angah dia (abang zul) sebab tangkap kan gambar ni..

Kalau orang tengok gambar atas tu mesti orang akan cakap kite orang ni couple kan.?? Percaye atau tak, no declaration needed in this relationship.. Kenapa.?? Sebab nye tak sume orang perlukan declaration pun dalam satu hubungan tu.. Bagi kite orang, cukup lah kite orang je tawu apa yang kite orang rasa.. Mana lah tawu kite orang boleh kawan sampai kawin ker kan (bak kata kawan aku lah)..heheheh.. And cam yang dia cakap kat aku, "FARA MILIK AFIQ" and sama lah ngan aku "AFIQ, FARA YANG PUNYE!"..hahahah..

Gambar ni baru lagi time attend wedding abang zira..
Aku suke gambar ni sebab nampak lah jugak aku tinggi sikit walaupun just paras leher dia..
Kalau tak pakai wedges tu, confirm2 memang rendah paras bahu dia..
Taknak kena bahan sangat, so pakai lah kasut tinggi sikit..hahahah..

Last words, aku just mengharapkan dia je lah yang terakhir untuk aku.. And untuk awak, walaupun kite jarang jumpa sebab awak study kat melaka and saya kat ipoh, just take care of yourself and don't be naughty kay.. I always trust you.. 
Jaga hati, jaga iman..
 I LOVE YOU, AFIQ FADZIL !!

   

Thursday, 9 October 2014

My only one, Mohd Sharif bin Abu

You never said I'm leaving,
You never said Good Bye !
You were gone before I knew it,
And only Allah knew why,
A million times i needed you,
A million times I cried,
If love alone could have saved you,
You never would have died.
In life I loved you dearly,
In death I love you still,
In my heart you hold a place,
That no one could ever fill,
It broke my heart to lose you, 
But you didn't go alone,
For part of me went with you,
The day Allah took you home..

Tuesday, 21 January 2014

Dugaan yng hebat untuk orang yang hebat - Asmida

Untuk entry kali ni tetibe aku teringatkan tajuk yang atas tu.. Actually, tajuk tu adalah ungkapan daripada kawan course aku iaitu Asmida.. Dia ucapkan ayat tu kat aku time aku sem 1 dulu selepas aku menangis sebab baru sahaja kehilangan arwah ayah sekali gus membawa gelaran anak yatim piatu.. Ayat tu selalu terngiang-ngiang kat telinga aku bila aku menangis teringatkan arwah ayah..
Ada juga yang aku dengar, ujian yang hebat untuk orang yang hebat..SABAR kerana Allah tahu betapa gigihnya kamu usaha untuk bangkit dan terus melangkah..
Kesusahan. Keperitan. Kepayahan. Itu semua yang aku perlu lalui pada saat permulaan hidup aku setelah bergelar anak yatim piatu..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Itu sahaja ungkapan daripada saudara-mara aku kepada kami 3 beradik..
Ramai rang cakap, untung kalau jadi anak yatim piatu sebab ramai yang nak membantu.. Memang untung dari segi tu tapi secara jujur, dorang semua bukannye nak kan bantuan tapi kasih sayang ibu dan ayah itu lah yang kami nak sebenarnya.. Pemergian kedua ibu bapa kita adalah kehlangan terbesar dalm hidup kita sebagai seorang anak didunia ni..
Sesungguhnya mereka tiada gantinya didunia dan jugak diakhirat..

Monday, 30 December 2013

Alhamdulillah...Syukur

Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya aku kini dapat menjalankan business secara kecil-kecilan.. Aku menjalankan business secara online menerusi blog, instagram dan facebook.. Saya harap agar kawan2 semua boleh lah melihat dan kalau berminat boleh membuat tempahan..

https://www.facebook.com/pages/Fitrah-Fashion-Wardrobe/568582249876463?ref=hl

http://fitrahfashionwardrobe.blogspot.com/

insta : fitrahfashionwardrobe

Pada permulaan ni, kami tak banyak mengeluarkan product, hanya sedikit sahaja.. InsyaAllah pada masa akan datang, akan lebih banyak pilihan.. Doakan kejayaan saya..

Wednesday, 25 December 2013

Hikmah yang mendatang

First of all, aku bersyukur sangat sebab selepas 1tahun 5 bulan pemergian arwah ayah aku,kini aku dapat merasakan hikmah disebalik kesedihan yang menimpa aku selepas permergiannye.. Walau pun hikmah nye tak lah terlalu besar yang aku terima, tapi aku bersyukur sangat3.. Mungkin hikmah yang Allah turunkan tak seberapa kerana Ia menyimpannye untuk diakhirat kelak..

Hikmah pertama yang aku dapat rasakan adalah aku kini dapat menjadi seorang yang sangat berdikari dengan hidup sendirian, aku juga mampu untuk belajar jatuh dan bangun semula dengan sendiri dan atas dorongan kawan2, akak, angah and orang tersayang.. Selepas ketiadaan ayah, banyak benda and perkara yang aku kena belajar.. Segala-galanya perlu aku buat sendiri tanpa bimbingan nye lagi.. Walaupun pada mulanye aku jatuh sehingga tak mampu untuk bangun tapi kini alhamdulillah,aku dah mula berjalan.. Bukan senang nak hidup didunia ni tanpa bimbingan, dorongan dan doa kedua ibu bapa, tapi tu lah hakikat yang aku kena terima untuk meneruskan perjuangan hidup aku tanpa mama and ayah disisi..

Yang keduanya, mengenai hubungan aku bersama akak dan juga angah.. Sewaktu ayah masih hidup, hubungan kite orang tak lah serapat ni.. Nak jumpa pun susah.. Masing2 busy.. Akak busy ngan family dia, angah busy ngan keja dia and aku pulak busy ngan sekolah.. Kalau nak berkumpul satu family kena tunggu time de musibah, dinner and time raya.. Tapi lepas ayah meninggal, hubungan kite orang bertambah baik.. Hampir setiap hujung minggu atau tiap kali aku balik ke Selangor kite orang akan berkumpul kat rumah akak or rumah angah or kat mana2 je lah untuk spend time together.. Mungkin dorang dah sedar yang sekarang ni dorang tak boleh nak wat macam dulu sebab aku adalah dibawah jagaan dorang.. And aku adalah tanggungjawab.. Walaupun kadang2, dorang busy, tapi aku tak kesah sebab aku faham masing2 dah berkeluarga.. So, aku kena lah pandai2 bawa diri and jaga diri..

And lastly, apa yang aku mampu katakan ialah betullah kata orang yang rezeki anak yatim ni ada kat mana2 je.. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya, kite orang tersangat sesak tapi lama2 alhamdulillah.. Bersyukur sangat.. Thank you Allah.. And aku pun dah mampu untuk beli sebuah kereta viva menggunakan duit sendiri..

Ya Allah, hambaMu ini bersyukur atas kurniaanMu yang tak terhingga..
Hargailah ibu  bapa anda selagi mereka masih ada.. Sesunguhnya mereka tiada gantinya..

Aku cuma boleh kata, ni lah hadiah yang aku nak ayah aku tengok and kalau boleh bawa dia jalan2 naik kereta ni..tapi tak kesampaian..





Sunday, 15 December 2013

Seandainya

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Dan setiap apa yang terjadi memberi satu pengajaran untukku teruskan hidup ini yang memberiku satu makna,
Akan ku tabahi semuanya,
Ujian telah pun nyata,
Biarpun perit akan ku telan dengan wajah senyumku,
Dan ku berdoa moga Tuhan beriku bahagia,
Maafkan diriku ini oh kasih (orang di sekelilingku),
Seandainya melukakan hatimu,
Janganlah dibenciku,
Ku hanya insan biasa yang keliru,
Jikalau ku dapat berterbangan tinggi,
Akan ku pergi ke hujung dunia ini,
Maafkan diriku,
Terlanjurku menumpangi,
Ku hanya ingin BAHAGIA.....

Friday, 13 December 2013

I'm a Practical Training Student

Alhamdulillah semalam genap 2 minggu aku practical.. 1st day masuk tu memang segan giler arh + tak tawu nak buat apa walaupun company tu boleh dikatakan family company and yang kerja kat situ pun majority nye sedare2 aku jugak tapi still rasa kekok.. And yang paling aku bersyukur sangat sebab aku tak memerlukan masa yang lama pun untuk aku rapat ngan dorang berbanding ngan kawan2 aku yang lain yang ngah practical jugak.. Officemates aku semua memang sporting habis lah an.. Especially, kak nad.. So far, kerja yang aku dapat pun banyak mengajar aku and sedikit sebanyak bagi aku memahami dunia pekerjaan.. Betul lah kata orang, bila kita dah kerja, memang kita rasa malas nak sambung belajar balik sebab kerja lagi menyeronokkan berbanding dengan belajar.. Itu lah yang aku rasa sekarang ni.. Tapi tu tak bermakna aku nak stop study semata-mata nak keja.. Aku akan teruskan niat aku and harapan arwah ayah aku untuk terus sambung belajar setinggi yang mungkin supaya suatu hari nanti aku boleh jadi seorang perempuan yang bekerjaya.. And I know, I'm very workaholic person.. Walaupun ada sesetengah orang cakap perempuan tak sepatutnya workaholic sebab akhirnya tempat dia kat dapur jugak and ada jugak orang cakap, perempuan yang workaholic ni lelaki susah nak dekat sebab perempuan ni terlalu busy ngan keja.. Bagi aku, aku tak kesah pun orang nak cakap apa.. Memang lah perempuan bila dia dah berkahwin tempat dia kat dapur jugak tapi tak salah kalau aku nak workaholic sebab aku memikirkan yang takde sape dah nak tanggung aku.. I've no parents.. So, aku lah yang kena tanggung diri aku sendiri untuk teruskan hidup.. Tak boleh ak bergantung pada sesape melainkan Allah.. And pasal statement yang lelaki susah nak dekat tu, aku tak peduli sangat sebab bagi aku Allah dah sediakan jodoh untuk hambaNya cuma kita sebagai hamba Dia hanya perlu berdoa supaya dikurniakan jodoh yang terbaik.. Amiinn..
Okay, back to the title entry kali ni, aku sekarang ni practical kat Seksyen 9, Shah Alam at Vestime Corporation Sdn. Bhd. And let me introduce my officemates..

 Itu lah antara officemates aku.. Bagi sesiapa yang kenal family aku, dia tawulah mana satu abang aku and achik aku.. 

By the way, aku practical agak lama iaitu sepanjang 6 bulan.. So, selama 6 bulan ni aku jadi Selangorean lah.. Lepas tu jadi Ipoh-ian alek..hahahaha.. Cam pelik je bunyi "Ipoh-ian" tu..

Sampai sini je lah dulu aku update blog ni.. Don't worry kali ni aku tak take a long time to update about me sebab banyak cerita dan program yang aku kena buat sepanjang practical ni.. And aku akan share ngan korang.. Bubye ! Assalamualaikum..