Female Bear Cute With Flower Hairpin

Monday, 11 February 2013

My Life Is Back !!

1stly, aku nak ucap syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnye aku berjaya menemukan diri aku kembali setelah ia hilang entah kemana.. Puas aku mencari kemana hilangnya tapi tak ku jumpa nya dimana-mana.. Alhamdulillah, baru sekarang aku menemuinya kembali.. (wah ayat aku) HAHAHA..

Alhamdulillah,aku bersyukur sangat sangat sangat sangat kepada Allah kerana telah mengembalikan hidup aku,  mengenali siapa aku sebenarnya, dimana aku berpijak, apa yang telah berlaku pada aku, apa yang harus aku lakukan, and kemana harus aku melangkah seterusnya.. Semuanye telah aku temui..

Kini, aku merasakan aku telah pun menjadi Nur Farahin Binti Mohd Sharif.. Sebelum ni, aku hampir tidak mengenali siapa diri aku setelah apa yang menimpa hidup aku sebelum ni.. Dulu, aku adalah seorang yang periang (bukan kanak-kanak riang ye, harap maklum).. Everything yang berlaku dalam hidup aku, semua aku tempuh dengan senyuman dan gelak ketawa.. Tapi setelah apa yang menimpa hidup aku, aku jadi seorang yang murung.. Everything yang berlaku dalam hidup aku, semua aku tempuh dengan tangisan dan linangan airmata.. Terserlah kelemahan aku disitu.. But now, aku nak jadi seperti dulu.. Semua nye mudah bagi aku.. Tak ada yang susah.. Aku dah puas menangis, jadi aku taknak lagi ada airmata aku yang keluar.. Cukuplah..

Kini, aku juga sedar yang aku harus berpijak di bumi yang nyata.. Aku tak sepatutnye terus mengenangkan masa silam yang tak boleh nak diubah lagi takdirnye.. Aku juga tak sepatutnye terus berada di masa silam.. Aku harus meninggalkan semua tu dan terus melangkah ke hadapan dengan semangat dan azam yang baru.. Let bygone be bygone.. Kenangan tak boleh nak diubah tapi ia boleh dijadikan teladan dan panduan dalam hidup supaya kita dapat melangkah ke hadapan..

Sekarang ni, apa yang harus aku lakukan adalah meneruskan hidup aku tanpa ada kedua ibu bapa tercinta dengan menunaikan impian dan hasrat mereka untuk melihat aku berjaya di puncak menara gading.. InsyaALLAH.. Aku juga perlu menjalani hidup aku dengan apa yang ada pada aku sekarang agar tidak berlebih-lebihan.. Cukup lah sekadar mengalas perut untuk sehari-hari.. Aku bukan keseorangan menjalani liku2 hidup ini kerana Allah sentiasa bersama aku, kekasih hati tercinta (Afnan Fitri Bin Md.Juri) akan tetap menjaga dan menyayangi aku seadanya, akak and angah masih berada disisi aku kerana pertalian adik-beradik tu takkan pernah terputus sampai bila-bila..

Aku akan terus melangkah dan melangkah hingga ke akhir hayat aku.. Aku akan redha dengan apa yang akan dan telah terjadi.. Aku pasrah atas apa yang aku atas apa yang telah ditetapkan.. Semua yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.. Kita hanya perlu bersabar dan terus bersabar.. SesungguhNya, besar pahala bagi orang2 yang bersabar.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment