Female Bear Cute With Flower Hairpin

Tuesday, 31 July 2012

Life at Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh

Pada 7 hari bulan yang akan datang ni genap lah sebulan aku berada kat Bandar Ipoh, Perak ni atau lebih tepat lagi genap sebulan aku belajar kat PUO ni.. So far, alhamdulillah aku okay je kat sini.. Tak de perkara yang menyakitkan terjadi lagi lah.. Hope tak de lah perkara yang menyakitkan terjadi.. Waktu pertama kali aku nak dihantar untuk sambung belajar ke sini, memang aku sedih sangat3 sampaikan bukan aku yang kemas kain baju aku..hehe.. Moment yang paling sedih sebelum aku nak berangkat pergi Perak ni ialah time sebelum nak masuk kereta.. Tiba-tiba aku teringat arwah ayah.. Arwah ayah pernah cakap "walau macam mana sekalipun ayah tetap nak keluar dari hospital ni nak hantar adik pergi belajar".. Terngiang-ngiang kat telinga aku saat ayah menuturkan ayat tu sewaktu aku menjaganye dihospital dulu.. Tapi semua tu tak sempat berlaku.. Ayah terpaksa pergi dulu sebelum sempat menghantar aku ke Ipoh ni.. Tapi aku tahu, ayah pasti melihat aku dari jauh..T_T..Okay, now stop citer sedih-sedih ni..

             Sekarang ni aku nak cerita pasal life aku and kawan2 aku kat sini.. So far, aku dapat kawan-kawan yang selalu buat aku rasa happy dan lupakan seketika sejarah hitam yang terjadi pada hidup aku sebelum aku datang ke sini.. Kalau kat KAMSIS (asrama Politeknik Ungku Omar) ni, ofcourse lah aku kawan dengan roommate aku, IDA.. Aku beruntung sebab kebetulan aku dapat roommate yang senasib dengan aku.. Anak yatim piatu macam aku jugak.. Cumanye ayah dia meninggal waktu umur dia 2tahun and mama dia pulak meninggal pada penghujung bulan April hari tu and aku pulak terbalik dengan dia.. Mak aku meninggal 10tahun yang lepas and ayah aku pulak meninggal pada 9 Jun hari tu.. Ada satu hari tu aku and ida cerita pasal keakraban kite orang dengan mak and ayah kite orang, sampailah kite orang menangis dan berpelukan antara satu sama lain sebab terlalu merindui parents kite orang.. Selain dengan ida, aku kawan dengan AFAF, BIEHA, TIRA and LEEN.. Afaf ni mek dari Kelate.. Bila dia dah start cakap kelate, memang tak berapa nak faham kite orang diwatnye..Haha.. Afaf sama course dengan aku iaitu Diploma in Business Study.. Bieha pulak suka buat kite orang tergelak dengan lawak2 dia tu.. Setiap hari ada je idea dia nak buat orang tergelak.. Bieha ni sama course dengan ida iaitu Diploma in Computer Programming.. Tira pulak ada je gelagat dia yang buat kite orang tergelak especially time tengah makan.. Tira ni study Diploma Seni Bina and lastly ialah Leen.. Dia ni lembut sikit orang nye.. Sesuai lah dengan nama dia tu.. "Leen" kan bermaksud lembut.. Tapi kadang2 tu ada jugak lawaknye tu.. Leen study Diploma in Civil Engineering.. Kite orang memang selalu berenam je.. Keluar jalan2 or buka puasa sama2.. Tapi aku tak de lah pulak gambar dorang yang aku nak share ngan korang.. Nanti aku masukkan lah dikemudian hari untuk tatapan korang..hehe..

            Next story aku nak share pasal budak class aku pulak.. Kalau kat dalam class, aku rapat dengan semua orang tak kesah lah lelaki or perempuan.. Tapi yang paling aku rapat adalah dengan ALIA, AINA dan IDA.. Bukan ida roommate aku ea tapi ni wan nor hidayah.. Orang ganu kite..hehe.. Selalunye kalau ada pape, aku memang selalu dengan alia je.. Antara kite orang berempat ni, Aina lah yang paling gila2 otak dia..haha.. Gara-gara Aina jugaklah nama aku sampai bertukar.. Kalau selama ni orang kenal aku sebagai farah tapi kat sini orang kenal aku sebagai "AIN".. Tapi panggilan "AIN" tu hanya di kampus ea.. Kalau di KAMSIS, dorang masih panggil aku "farah"..

Kat bawah ni ada gambar aku dengan budak2 class aku..

<--- Gambar sebelah kiri ni gambar Aina, Alia and aku.. Aina yang pakai tudung purple tu.. Color favourite dia.. Alia pulak pakai baju biru andtudung hitam tu.. Yang baju merah tu ehem2 saya lah.. Siapa lagi kan.. Kalau nak tahu ida yang mana satu, tengok gambar belah kiri sekali tu.. Dia yangpakai selendang warna merah tu.. Yang berdiri kat belakang tu..


Gambar yang bawah ni pulak gambar budak2 lelaki class laki.. Tapi ni pun tak complete.. Yang kiri sekali tu apek a.k.a Ahmad Nazirul.. Dia orang Melakau..haha.. Tapi dia nak tukar course dah.. Dia nak ambil course civil engineering.. Yang tengah2 tu Zulkarnain.. Tapi sekarang ni dia dah tukar course dah.. Dia amik accountancy.. Asal dari Johor.. Yang duduk sebelah Alia tu ialah Azam.. Dialah monitor class kite orang.. Orang Kedah..

Actually, gambar ni kite orang baru je ambil waktu hari Ahad hari tu.. Waktu ni kite orang berbuka puasa sama2 kat food court jusco Kinta City Mall..

Sampai disini sahaja lah aku update blog aku ni.. Nanti ada story yang best, aku share dengan korang lagi okay.. Bubye.!!!

Wednesday, 4 July 2012

DIA dihatiku FOREVER and ever..


Tanggal 9 JUN 2012 adalah hari yang paling sedih bagi aku kerana satu-satunya insan yang aku paling sayang didunia ini telah diambil oleh ALLAH s.w.t.. Insan itu ialah ayahanda ku yang tercinta MOHD SHARIF BIN ABU.. Hari itu aku rasa seolah-olah dunia aku jadi gelap.. Aku seolah-olah tidak kenal sesiapa pada hari itu kerana merasa kehilangan yang teramat sangat.. 10 tahun aku hidup dengan ayah aku tanpa seorang insan bergelar “ibu”.. Ayah lah yang mengambil alih tempat mak untuk menjaga dan membesarkan aku setelah arwah mak “pergi” menghadap Allah..

               Pada 9 JUN 2012, lebih kurang pukul 1.40ptg aku and angah pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat ayah di wad 8C.. Sebaik masuk ke dalam bilik ayah, aku terus ambil tempat duduk bersebelahan dengan katil ayah.. Aku hanya mampu memandang wajah ayah.. Ketika itu ayah dah tak mampu untuk bercakap dengan sesiapa lagi.. Ayah hanya diam membisu.. Selepas agak puas aku menatap wajah ayah ketika itu, aku keluar dari bilik itu dan terus melangkah ke tempat letak kereta bersama sepupu and bakal kakak ipar aku.. Setelah agak lama menunggu angah dalam kereta, tiba-tiba aku jadi tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang terjadi kepada ayah.. Kakak ipar aku yang tengok aku seperti tidak senang duduk terus menelefon angah.. Apa yang aku rasakan sebentar tadi benar2 terjadi.. Angah suruh bawa aku naik ke bilik ayah sebab ayah dah mula sesak nafas.. Lantas aku terus melangkah keluar dari kereta dan terus bergerak ke pintu masuk hospital.. Nasib baik aku dibenarkan masuk kerana ketika itu waktu melawat dah habis.. Sampai saja di tingkat 8, angah cakap tak boleh masok dalam bilik ayah sebab doktor semua tengah kerumun ayah.. Aku hanya mampu duduk diluar wad tu sambil berdoa semoga ayah tak apa-apa.. Tak lama lepas tu, doktor keluar dari bilik ayah.. Aku tak tawu apa yang doktor katakan pada angah dan jugak pakcik-pakcik aku sebab aku hanya menunggu diluar wad bersama sepupu-sepupu and makcik aku.. Angah keluar dari wad dan terus mendapatkan aku sambil menuturkan ayat ini “ayah dah tak de” dalam keadaan menangis.. Bila ayat tu sampai sahaja ke telinga aku, tak de apa yang mampu aku katakan.. Tubuh aku secara automatik terus berasa lemah.. Aku hanya mampu menangis sahaja ketika itu.. Dimata aku pula terbayang-bayang saat-saat manis aku bersama ayah ketika ayah masih sihat dulu.. Lebih kurang 20 minit berlalu, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan teriakan angah yang mengatakan ayah masih ada nafas lagi.. Aku terus bangun dan terus masok ke bilik ayah.. Pakcik aku terus panggil nurse and doktor.. Doktor yang check ayah pun terkejut sebab denyutan nadi ayah masih ada.. Angah pula tidak putus2 membisikkan kalimah “LAILAHAILLAH” di telinga ayah.. Sementara aku pula bersyukur kerana ayah masih ada.. Tapi tu sume tak lama.. Mesin yang doktor pasang sebentar tadi untuk memeriksa degupan jantung ayah kini telah menunjukkan satu garis lurus.. Kali ni doktor mengesahkan yang ayah dah tak de.. Hampir jatuh aku dibuatnye kali ni bila tahu yang ayah betul2 dah tak de.. Aku melihat sekujur tubuh ayah yang telah kaku dan diselimutkan dari kaki hinggalah ke kepala dari jauh selepas aku betul2 tak mampu untuk berdiri lagi.. Pakcik2,makcik and sepupu aku terpakse bergilir-gilir papah aku sampailah ke bilik mayat di hospital  tu.. Selepas dimandikan dan dikapankan, aku berpeluang untuk menatap dan mencium wajah ayah untuk yang terakhir kalinye.. Terasa sejuk bibir aku saat mencium pipi arwah ayah.. Nampak tenang wajah ayah ketika itu seolah-olah orang yang sedang tidur nyenyak.. Ya, ayah memang tidur.. Tapi tidur untuk selama-lamanya.. Bersih dan putih wajah arwah ayah.. Alhamdulillah.. Boleh dikatakan pada hari tu airmata aku tak penah kering menitis dipipi aku.. Bak kata my bestie, ZATY ZULKIFLE yang turut datang menjenguk arwah ayah “nangislah farah jangan tahan2”.. Jenazah arwah ayah selamat disemadikan di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan lebih kurang pukul 10.30 malam.. Kubur ayah terletak sebaris dengan kubur arwah mak.. Cuma selang 8 buah kubur dari kubur arwah mak..

               Ujian yang Allah berikan pada aku kali ini teramat berat untuk aku tempuh.. Insan yang bergelar ibu dan ayah pada aku kedua-duanya telah menghadap Ilahi.. Terlalu cepat masa berlalu.. Aku dapat hidup dengan arwah mak sampai umo aku 8 tahun je.. Dan selama 18 tahun, aku hidup dengan ayah selepas 10 tahun pemergian mak.. Sekarang, aku kena jalani hidup aku tanpa ada insan bergelar “mak” dan “ayah”..  Walaupun mak dan ayah dah pegi jauh dan takkan balik lagi tapi mak dan ayah tetap kat hati adik sampai bila2.. Tak akan ada seorang pun yang dapat ganti tempat mak dan ayah kat hati adik.. Adik akan sentiasa doakan semoga mak dan ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mak dan ayah.. Amiin.. Al-Fatihah..

               Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan juga kawan2 saya yang banyak memberikan kata2 semangat pada saya.. Thanks so much...