Female Bear Cute With Flower Hairpin

Monday, 3 December 2012

3 DISEMBER 2012 (tarikh keramat)

Hari ni 3 DISEMBER 2012 adalah satu lagi tarikh keramat bagi aku.. For the 1st time in my life, ada seorang lelaki yang propose aku sepertimana yang aku angankan sebelum ni.. Aku tak pernah terfikir yang angan2 and impian aku ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti.. Alhamdulillah, salah satu daripada doa aku dah pun dimakbulkan oleh Allah..


Tuesday, 27 November 2012

Happy, Sedih, Tension, Confused, Serabut... semua bercampur-baur..

Sebenarnye aku dah malas dah nak update blog ni tapi tetibe hari ni aku rasa cam tangan aku ni gatal nak menaip pulak.. 1stly, aku nak cerita mengenai kebahagiaan yang aku kecapi bersama kawan2 aku.. Aku, Yaya, Aina, Mira and Ida buat kerja giler.. Cuba teka apa kerja giler yang kite orang buat.?? Tak yah nak teka sangat lah an, biar aku bagitahu je.. Kite orang sewa kereta and pergi overnight to Penang.. Dah lah waktu tu musim final exam.. Kite orang ada lagi satu paper lagi.. Tapi sebab nak release tension punye pasal, overnight kat Penang.. Kite orang pergi mandi kat Batu Feringghi and jalan2 kat area Queensbay, Gurney, Padang Kota and banyak lah lagi tempat nye an.. Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat kite orang rakamkan sewaktu di Penang..

Gambar yang kat atas ni kite orang tangkap time kite orang baru je sampai kat Penang.. Muka kawan2 aku semua comell je tapi muka aku muka mengantuk je.. Bukan setakat mengantuk malah sedikit keletihan sebabnye aku lah yang menjadi "driver" dorang ke Penang ni..hehe..

           Gambar yang kat bawah ni pulak kite orang snap kat Batu Feringghi.. Masing2 gian sangat nak mandi laut.. So,bila dah jumpa laut, ni lah jadinye..


Ceria je kan kawan2 aku ni.??Haha.. Aku HAPPY sangat bila tengok dorang ceria cam ni.. Sebelum2 ni bukan lah dorang tak ceria, cuma masing2 kerjanye asyik menghadap buku je.. Naik bosan jugak aku tengok kadang2.. Tapi bila bawa dorang kat sini, terserlah keceriaan muka dorang.. Mesti korang pelik an kenapa aku takde dalam gambar tu.. Actually, waktu ni I've got a big big big problem.. Aku curi masa2 cam ni untuk tenangkan fikiran aku yang memang sedia serabut waktu ni ea..

           Now, bermula lah kisah yang tak berapa nak happy.. Seriously, apa yang jadi dalam hidup aku sekarang ni bukanlah aku yang mintak.. Aku sedih sangat3 sebab ada yang salah anggap pasal aku and dia.. Aku dituduh sebagai "PERAMPAS!!".. Title yang paling aku tak suka dengar.. For the 1st time in my life benda ni jadi.. Sepanjang aku hidup kat muka bumi Allah ni, aku tak pernah dituduh sebagai "perampas" boyfriend kawan aku sendiri.. And perkara ni lah yang aku paling takut sekali.. And now, betul2 jadi.. Bila aku renung balik kata2 arwah ayah aku memang betul.. Arwah ayah pernah cakap "kita jangan terlalu takot dengan sesuatu keadaan tu sebab satu hari nanti kemungkinan perkara yang kita takut tu lah yang akan jadi".. Ini adalah perkara ke-2 yang aku takut benda ni jadi, tapi jadi jugak akhirnye.. Perkara pertama yang aku takut jadi dulu ialah aku takut kalau suatu hari nanti ayah aku jatuh sakit and tinggalkan aku buat selama-lamanya.. And ia benar2 terjadi pada bulan 4 tahun ni bila arwah ayah jatuh sakit and akhirnye menghembuskan nafasnye yang terakhir.. And now, the 2nd thing bila orang tuduh aku "perampas" boyfriend kawan aku.. Aku sedih sangat bila dituduh cam ni oleh kawan2 yang aku paling percaya.. Tak perlu lah aku ceritakan secare detail apa yang terjadi sebab aku taknak mengaibkan sesiapa.. Benda dah pun berlaku.. Nasi dah jadi bubur.. Tak ada yang boleh diubah.. Cuma aku tak suka dituduh macam ni tanpa korang dengar penjelasan daripada mulut aku.. Tak dapat aku gambar kan perasaan sedih yang aku alami sekarang ni..
 
Hanya melalui emoticon ni je lah aku dapat gambarkan muka aku sekarang ni..
Tapi comell jugak an emoticon ni.?? (same like me)..HAHA..

Aku bukannye sedih je atas apa yang jadi pada aku sekarang ni.. Tapi kadang2 tu aku pun confused sebab aku tak tahu macam mana nak settlekan masalah ni sebab nye semua orang taknak dengar penjelasan daripada pihak aku.. Aku kecewa sebab sepatutnye bila jadi cam ni kite tak sepatutnye dengar daripada sebelah pihak je.. Kedua-dua pihak perlu bersuara.. Dan kepada yang mendengar, terpulanglah kepada korang sama ada nak percaya pihak yang mana satu.. Masing2 dah besar an.. Boleh fikir mana satu yang betul and mana satu yang salah.. And jangan nak judge orang sesuka hati kalau korang tak tahu cerita sebenar..

Nampak tak betapa confused nye aku sampai ada 3 tanda soal kat atas kepala aku tu..hehe..
Tanda soal yang pertama untuk soalan ni, "Kenapa dorang sanggup tuduh aku cam tu tanpa dengar penjelasan aku??".. Kedua, "Sampai bila dorang akan aim aku sebagai "perampas".??" and yang ketiga, "Bila lah masalah ni nak selesai.??"

Bila dah jadi confused ni, mulalah kepala aku serabut memikirkan apa yang jadi ni.. Sampai tak tidur malam aku dibuatnye.. Bukan setakat tak tidur malam, malah aku larikan diri aku daripada semua benda ni dengan cara overnight ke Penang bersama kawan2 baik aku.. 

     Walaupun ramai yang pandang serong kat aku sekarang ni and nama aku pun agak buruk jugak, tapi aku bersyukur sangat3 sebab aku masih ada Aina, Ida, Yaya, Mira and classmates aku yang banyak bagi support and nasihatkan aku.. Thanks so much, friends.. Aku sayang korang sangat3.. And tak lupe jugak kepada "si dia" yang bagi kata2 semangat and banyak jugak nasihatkan aku..ILOVEYOU!!! <3 

Sampai disini je lah aku taip.. Nanti kalau ada cerita2 baru, aku akan share ngan korang lagi kay.. Bubye.!

                 

Thursday, 8 November 2012

Editing..............

b
Bila ada masa terluang....... Ni lah yang aku akan buat.. Edit gambar.. Tapi aku takde lah terror sangat an.. Setakat dapat menghilangkan bosan tu boleh lah..hehe

Tuesday, 31 July 2012

Life at Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh

Pada 7 hari bulan yang akan datang ni genap lah sebulan aku berada kat Bandar Ipoh, Perak ni atau lebih tepat lagi genap sebulan aku belajar kat PUO ni.. So far, alhamdulillah aku okay je kat sini.. Tak de perkara yang menyakitkan terjadi lagi lah.. Hope tak de lah perkara yang menyakitkan terjadi.. Waktu pertama kali aku nak dihantar untuk sambung belajar ke sini, memang aku sedih sangat3 sampaikan bukan aku yang kemas kain baju aku..hehe.. Moment yang paling sedih sebelum aku nak berangkat pergi Perak ni ialah time sebelum nak masuk kereta.. Tiba-tiba aku teringat arwah ayah.. Arwah ayah pernah cakap "walau macam mana sekalipun ayah tetap nak keluar dari hospital ni nak hantar adik pergi belajar".. Terngiang-ngiang kat telinga aku saat ayah menuturkan ayat tu sewaktu aku menjaganye dihospital dulu.. Tapi semua tu tak sempat berlaku.. Ayah terpaksa pergi dulu sebelum sempat menghantar aku ke Ipoh ni.. Tapi aku tahu, ayah pasti melihat aku dari jauh..T_T..Okay, now stop citer sedih-sedih ni..

             Sekarang ni aku nak cerita pasal life aku and kawan2 aku kat sini.. So far, aku dapat kawan-kawan yang selalu buat aku rasa happy dan lupakan seketika sejarah hitam yang terjadi pada hidup aku sebelum aku datang ke sini.. Kalau kat KAMSIS (asrama Politeknik Ungku Omar) ni, ofcourse lah aku kawan dengan roommate aku, IDA.. Aku beruntung sebab kebetulan aku dapat roommate yang senasib dengan aku.. Anak yatim piatu macam aku jugak.. Cumanye ayah dia meninggal waktu umur dia 2tahun and mama dia pulak meninggal pada penghujung bulan April hari tu and aku pulak terbalik dengan dia.. Mak aku meninggal 10tahun yang lepas and ayah aku pulak meninggal pada 9 Jun hari tu.. Ada satu hari tu aku and ida cerita pasal keakraban kite orang dengan mak and ayah kite orang, sampailah kite orang menangis dan berpelukan antara satu sama lain sebab terlalu merindui parents kite orang.. Selain dengan ida, aku kawan dengan AFAF, BIEHA, TIRA and LEEN.. Afaf ni mek dari Kelate.. Bila dia dah start cakap kelate, memang tak berapa nak faham kite orang diwatnye..Haha.. Afaf sama course dengan aku iaitu Diploma in Business Study.. Bieha pulak suka buat kite orang tergelak dengan lawak2 dia tu.. Setiap hari ada je idea dia nak buat orang tergelak.. Bieha ni sama course dengan ida iaitu Diploma in Computer Programming.. Tira pulak ada je gelagat dia yang buat kite orang tergelak especially time tengah makan.. Tira ni study Diploma Seni Bina and lastly ialah Leen.. Dia ni lembut sikit orang nye.. Sesuai lah dengan nama dia tu.. "Leen" kan bermaksud lembut.. Tapi kadang2 tu ada jugak lawaknye tu.. Leen study Diploma in Civil Engineering.. Kite orang memang selalu berenam je.. Keluar jalan2 or buka puasa sama2.. Tapi aku tak de lah pulak gambar dorang yang aku nak share ngan korang.. Nanti aku masukkan lah dikemudian hari untuk tatapan korang..hehe..

            Next story aku nak share pasal budak class aku pulak.. Kalau kat dalam class, aku rapat dengan semua orang tak kesah lah lelaki or perempuan.. Tapi yang paling aku rapat adalah dengan ALIA, AINA dan IDA.. Bukan ida roommate aku ea tapi ni wan nor hidayah.. Orang ganu kite..hehe.. Selalunye kalau ada pape, aku memang selalu dengan alia je.. Antara kite orang berempat ni, Aina lah yang paling gila2 otak dia..haha.. Gara-gara Aina jugaklah nama aku sampai bertukar.. Kalau selama ni orang kenal aku sebagai farah tapi kat sini orang kenal aku sebagai "AIN".. Tapi panggilan "AIN" tu hanya di kampus ea.. Kalau di KAMSIS, dorang masih panggil aku "farah"..

Kat bawah ni ada gambar aku dengan budak2 class aku..

<--- Gambar sebelah kiri ni gambar Aina, Alia and aku.. Aina yang pakai tudung purple tu.. Color favourite dia.. Alia pulak pakai baju biru andtudung hitam tu.. Yang baju merah tu ehem2 saya lah.. Siapa lagi kan.. Kalau nak tahu ida yang mana satu, tengok gambar belah kiri sekali tu.. Dia yangpakai selendang warna merah tu.. Yang berdiri kat belakang tu..


Gambar yang bawah ni pulak gambar budak2 lelaki class laki.. Tapi ni pun tak complete.. Yang kiri sekali tu apek a.k.a Ahmad Nazirul.. Dia orang Melakau..haha.. Tapi dia nak tukar course dah.. Dia nak ambil course civil engineering.. Yang tengah2 tu Zulkarnain.. Tapi sekarang ni dia dah tukar course dah.. Dia amik accountancy.. Asal dari Johor.. Yang duduk sebelah Alia tu ialah Azam.. Dialah monitor class kite orang.. Orang Kedah..

Actually, gambar ni kite orang baru je ambil waktu hari Ahad hari tu.. Waktu ni kite orang berbuka puasa sama2 kat food court jusco Kinta City Mall..

Sampai disini sahaja lah aku update blog aku ni.. Nanti ada story yang best, aku share dengan korang lagi okay.. Bubye.!!!

Wednesday, 4 July 2012

DIA dihatiku FOREVER and ever..


Tanggal 9 JUN 2012 adalah hari yang paling sedih bagi aku kerana satu-satunya insan yang aku paling sayang didunia ini telah diambil oleh ALLAH s.w.t.. Insan itu ialah ayahanda ku yang tercinta MOHD SHARIF BIN ABU.. Hari itu aku rasa seolah-olah dunia aku jadi gelap.. Aku seolah-olah tidak kenal sesiapa pada hari itu kerana merasa kehilangan yang teramat sangat.. 10 tahun aku hidup dengan ayah aku tanpa seorang insan bergelar “ibu”.. Ayah lah yang mengambil alih tempat mak untuk menjaga dan membesarkan aku setelah arwah mak “pergi” menghadap Allah..

               Pada 9 JUN 2012, lebih kurang pukul 1.40ptg aku and angah pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat ayah di wad 8C.. Sebaik masuk ke dalam bilik ayah, aku terus ambil tempat duduk bersebelahan dengan katil ayah.. Aku hanya mampu memandang wajah ayah.. Ketika itu ayah dah tak mampu untuk bercakap dengan sesiapa lagi.. Ayah hanya diam membisu.. Selepas agak puas aku menatap wajah ayah ketika itu, aku keluar dari bilik itu dan terus melangkah ke tempat letak kereta bersama sepupu and bakal kakak ipar aku.. Setelah agak lama menunggu angah dalam kereta, tiba-tiba aku jadi tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang terjadi kepada ayah.. Kakak ipar aku yang tengok aku seperti tidak senang duduk terus menelefon angah.. Apa yang aku rasakan sebentar tadi benar2 terjadi.. Angah suruh bawa aku naik ke bilik ayah sebab ayah dah mula sesak nafas.. Lantas aku terus melangkah keluar dari kereta dan terus bergerak ke pintu masuk hospital.. Nasib baik aku dibenarkan masuk kerana ketika itu waktu melawat dah habis.. Sampai saja di tingkat 8, angah cakap tak boleh masok dalam bilik ayah sebab doktor semua tengah kerumun ayah.. Aku hanya mampu duduk diluar wad tu sambil berdoa semoga ayah tak apa-apa.. Tak lama lepas tu, doktor keluar dari bilik ayah.. Aku tak tawu apa yang doktor katakan pada angah dan jugak pakcik-pakcik aku sebab aku hanya menunggu diluar wad bersama sepupu-sepupu and makcik aku.. Angah keluar dari wad dan terus mendapatkan aku sambil menuturkan ayat ini “ayah dah tak de” dalam keadaan menangis.. Bila ayat tu sampai sahaja ke telinga aku, tak de apa yang mampu aku katakan.. Tubuh aku secara automatik terus berasa lemah.. Aku hanya mampu menangis sahaja ketika itu.. Dimata aku pula terbayang-bayang saat-saat manis aku bersama ayah ketika ayah masih sihat dulu.. Lebih kurang 20 minit berlalu, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan teriakan angah yang mengatakan ayah masih ada nafas lagi.. Aku terus bangun dan terus masok ke bilik ayah.. Pakcik aku terus panggil nurse and doktor.. Doktor yang check ayah pun terkejut sebab denyutan nadi ayah masih ada.. Angah pula tidak putus2 membisikkan kalimah “LAILAHAILLAH” di telinga ayah.. Sementara aku pula bersyukur kerana ayah masih ada.. Tapi tu sume tak lama.. Mesin yang doktor pasang sebentar tadi untuk memeriksa degupan jantung ayah kini telah menunjukkan satu garis lurus.. Kali ni doktor mengesahkan yang ayah dah tak de.. Hampir jatuh aku dibuatnye kali ni bila tahu yang ayah betul2 dah tak de.. Aku melihat sekujur tubuh ayah yang telah kaku dan diselimutkan dari kaki hinggalah ke kepala dari jauh selepas aku betul2 tak mampu untuk berdiri lagi.. Pakcik2,makcik and sepupu aku terpakse bergilir-gilir papah aku sampailah ke bilik mayat di hospital  tu.. Selepas dimandikan dan dikapankan, aku berpeluang untuk menatap dan mencium wajah ayah untuk yang terakhir kalinye.. Terasa sejuk bibir aku saat mencium pipi arwah ayah.. Nampak tenang wajah ayah ketika itu seolah-olah orang yang sedang tidur nyenyak.. Ya, ayah memang tidur.. Tapi tidur untuk selama-lamanya.. Bersih dan putih wajah arwah ayah.. Alhamdulillah.. Boleh dikatakan pada hari tu airmata aku tak penah kering menitis dipipi aku.. Bak kata my bestie, ZATY ZULKIFLE yang turut datang menjenguk arwah ayah “nangislah farah jangan tahan2”.. Jenazah arwah ayah selamat disemadikan di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan lebih kurang pukul 10.30 malam.. Kubur ayah terletak sebaris dengan kubur arwah mak.. Cuma selang 8 buah kubur dari kubur arwah mak..

               Ujian yang Allah berikan pada aku kali ini teramat berat untuk aku tempuh.. Insan yang bergelar ibu dan ayah pada aku kedua-duanya telah menghadap Ilahi.. Terlalu cepat masa berlalu.. Aku dapat hidup dengan arwah mak sampai umo aku 8 tahun je.. Dan selama 18 tahun, aku hidup dengan ayah selepas 10 tahun pemergian mak.. Sekarang, aku kena jalani hidup aku tanpa ada insan bergelar “mak” dan “ayah”..  Walaupun mak dan ayah dah pegi jauh dan takkan balik lagi tapi mak dan ayah tetap kat hati adik sampai bila2.. Tak akan ada seorang pun yang dapat ganti tempat mak dan ayah kat hati adik.. Adik akan sentiasa doakan semoga mak dan ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mak dan ayah.. Amiin.. Al-Fatihah..

               Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan juga kawan2 saya yang banyak memberikan kata2 semangat pada saya.. Thanks so much...

Wednesday, 2 May 2012

My Hero

Akhirnye perkara yang aku paling takot terjadi, jadi jugak akhirnye.. Aku tak pernah tengok ayah aku sakit sampai macam ni.. This is the first time.. Tepat pukul 9p.m tadi ayah dah masok operation room.. Aku tak tawu lah operation ni akan makan masa berapa lama.. Aku sedih sangat3 hari ni sebab ramai sedara-mara sebelah ayah aku yang dari negeri sembilan and area2 selangor ni datang melawat ayah.. Thanks so much.. And aku paling sedih time aku tengok ayah aku kat dalam wad ICU petang tadi.. Aku perhatikan setiap wayar2 dan tiub2 yang halus dan besar melingkari tubuh ayah.. Dan terdapat jugak machine yang membantu ayah aku untuk bernafas.. Sungguh menyiksakan.. Anak mana lah yang sanggup tengok keadaan ayah dia macam tu.. Waktu aku sibuk memerhatikan setiap wayar yang ada pada tubuh ayah tu, tibe2 aku terpanggil untuk pandang raut wajah ayah aku.. Semakin kurus.. Cengkung.! Tibe2 ada air yang mengalir dari mata ayah aku.. Ayah nangis.!! Tu lah ayat yang keluar dari mulut aku bila nampak air jernih tu.. Bila melihatkan keadaan tu, aku terus menangis sampai teresak-esak.. Mesti ayah sakit sangat.. And aku tawu, ayah tentu dengar apa yang orang cakap dengan dia.. Cuma dia je yang tak boleh nak bercakap.. Lastly, aku harap ayah akan cepat sembuh daripada sakitnye ni..

Ni lah gambar yang angah sempat amik.. Ni lah MY HERO..

Tuesday, 1 May 2012

REDHA dan PASRAH dengan takdir-Nya

Rasanye dah agak lama aku tak update blog ni.. Almaklumlah busy ngan kerjalah katakan..Hehe.. Aku update blog ni diatas katil kat dalam bilik aku yang sungguh selesa ni.. Haha.. Actually, sekarang ni aku tengah sedih sangat3 sebab ayah jatuh sakit.. Padahal baru hari ahad hari  tu aku tengok ayah sihat walafiat je.. Hari isnin hari tu lebih kurang pukul 2 petang,aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan ayah sakit.. Tangan ayah kena bisa ikan waktu siang ikan.. Then, tangan ayah terus membengkak sampai ayah tak boleh nak angkat tangan ayah.. Malam tu jugak, aku dan yang lain pergi balik rumah untuk melawat ayah.. Pada mulanya, kami cuma ingat yang tangan ayah bengkak sikit je.. Tapi setelah tengok keadaan ayah,agak teruk jugak.. Ayah tak larat nak bangun.. Kena ada orang papah baru boleh bangun..Petang tadi aku terus bawa kereta pergi balik rumah meru ni.. Lebih kurang pukul 7p.m tadi mak lang datang rumah tengok keadaan ayah.. Then, wan pandamaran pulak datang.. Bile wan balik, pak long and pak cik sekeluarga dari kampung pulak yang datang.. Sedih sangat aku tengok keadaan ayah macam tu.. Aku cuba untuk kuat di depan ayah aku.. Tapi akhirnye aku TEWAS.. Airmata aku mengalir deras bila aku nampak ayah muntah lepas makan and ayah menangis menahan sakitnye.. Ya Allah, Kau ringankan lah beban ayah aku.. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan saat ini.. Hope ayah cepat sembuh dan kuat untuk menghadapi sakitnye.. :'(

Friday, 16 March 2012

Secret Garden photos


Gil Ra-Im dan Kim Joo Won

Secret Garden

Oska, Gil Ra-Im dan Kim Joo Won

Hyun Bin

Ha Ji Won

Kerja, Kerja and Kerja

Hari ni dah 9 hari aku kerja kat Hypershoe kat Tesco Setia Alam tu.. Waktu first day sampai third day aku kerja kat situ aku rasa penat sangat sebab semua kerja aku kena buat.. Sampai aku terfikir nak berhenti kerja time tu jugak.. Almaklum lah pekerja baru lah kata kan an.. Kena regging lah jawabnye.. Tapi lepas hari ketiga tu, aku rasa seronok lah pulak kerja kat situ sebab masing-masing dah mula faham aku.. Sikit pun aku tak pernah mengeluh depan dorang yang aku penat.. Last2 dorang jugak yang penat nak regging aku.. Haha.. Tapi tak pe aku tak kisah pun semua tu sebab ini semua lumrah manusia an.. Hehe.. Sekarang ni pulak aku rasa seronok sangat kerja kat situ sebab dapat kawan baru macam Ana, Eika and Kak Joan.. Best sangat dapat kenal and kerja dengan korang sekali.. Korang the best lah.. Hehe.. Yang paling aku seronok kerja kat situ sebab aku dapat pengalaman bekerja.. Baru lah aku tahu sekarang ni betapa susah nye nak cari duit.. Pape pun, Thanks so much to Allah sebab makbulkan doa aku supaya aku dapat kerja ni.. Alhamdulillah..

Friday, 17 February 2012

..conFusEd...

Sekarang ni aku betul tengah keliru.. Nak tawu pasal apa.?? Pasal "LELAKI".. Sekarang ni status aku ialah SINGLE so aku bebas lah nak berkawan dengan sesiapa kan.. Tapi masalah nye, aku cuma nak berkawan dengan semua orang tak kisah lah dia lelaki ker perempuan.. Kalau kawan dengan perempuan memang aku tak ada masalah lah tapi kalau berkawan dengan lelaki ni memang banyak masalah.. Nak tawu kenapa.?? Aku cuma anggap dia sebagai kawan aku tapi entah macam mana dia cakap yang dia anggap aku lebih daripada seorang kawan.. Hey gilerr ker.?? Aku dah banyak kali cakap kat dia yang "we're just friend".. Tapi tidak bagi dia.. Dia cakap kat aku yang cara aku ni seolah-olah macam aku pun ada feeling kat dia.. Apa yang aku dah buat sampai dia cakap macam tu.?? Setahu aku, semua orang aku layan sama rata je.. Tak ada yang lebih pun..

      Kadang-kadang aku sendiri pelik.. Kawan-kawan perempuan aku pun ramai yang cakap aku ni kalau berkawan dengan lelaki seolah-olah yang aku ni bagi harapan kat dorang.. WHAT.?? Oh gosh.. Tapi aku tak rasa macam tu pun.. Sikap aku yang macam mana yang buat dorang boleh fikir aku ni bagi harapan kat dorang.?? Pening nye lah kepala aku.. Macam sekarang ni pun sama, aku ada kawan dengan seorang lelaki ni yang cukup aku introduce sebagai "A".. Aku mula kawan rapat dengan dia last month.. Itu pun secara tak sengaja lah.. Then, tetibe hari tu dia ajak aku couple.. Oh gosh.! Aku ni bukan lah jenis yang senang-senang nak terima semua tu sebab nye aku takkan ada perasaan langsung kat orang yang aku dah anggap dia kawan aku.. Sorry to say lah bro..

       Sekarang ni cara aku untuk mengelak dari semua ni, aku jauh kan diri daripada dorang.. Bila dorang text aku, aku tak balas.. Kalau dorang call aku, aku tak angkat.. And kalau dorang IM aku kat FB, aku buat bodoh je.. Aku nak korang tahu yang aku anggap korang KAWAN aku.. Not more than that okay.. Sekarang ni dalam kepala otak aku ni tak terfikir langsung nak couple.. Aku cuma fikir nak STUDY, STUDY and STUDY je.. Aku bukan nye tak cuba untuk buka pintu hati aku tapi masalahnye korang tak pandai nak ambil hati aku and korang jugak tak boleh sentuh kat sudut hati aku yang paling dalam tu.. (wah jiwang lah pulak).. Tapi tu jujur dari hati aku..

Sunday, 5 February 2012

Today is MY BIRTHDAY.!!!

Hari ni adalah hari jadi aku (5/2/1994).. 18 tahun yang lepas arwah mak aku lahirkan aku tepat jam 2.05pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Tapi 10 tahun yang lepas, mak aku pergi tinggal kan aku selama-lamanye.. Malam tadi orang pertama yang wish "Happy Birthday" kat aku ialah "Afiq".. Orang kedua, my bff (Nina).. Then, seterusnye ialah My Love Daddy (En. Mohd Sharif).. Waktu ayah aku wish aku malam tadi, aku rasa terharu sangat sampai aku menangis sebabnye ayah aku dah berjaya besarkan aku selama 10 tahun ni tanpa ada arwah mak aku.. Besar sangat pengorbanan ayah aku.. I'm so appreciate it.! Thanks so much Ayah.. I never stop to LOVE YOU.!! And ramai lagi lah yang wish especially kat FB.. Thanks kepada semua yang wish birthday aku tak kisah lah through my handphone or my FB account and also my Twitter account..

        Aku still lagi tak sambut birthday aku lagi dengan family aku.. Maybe malam ni kot baru sambut.. Tunggu semua balik dulu.. hehe.. By the way, malam ni aku nak keluar dengan someone.. Dia ambil aku kat rumah and nak belanje makan McD.. So, tak sabar rasanye nak tunggu malam ni..hehe.. Setakat ni present pun aku tak dapat lagi.. Tapi tak pe, aku tak kesah pun semua tu.. Dengan ada nye orang2 yang aku sayang and orang yang sayang kan aku kat sisi aku on my birthday ni pun dah dikire sebagai birthday present for me.. Harapan aku sempena birthday aku yang ke-18 tahun ni adalah aku nak berjaya dalam hidup and aku tak nak pandang ke belakang lagi.. Just look forward and move on with my life.. And insyaAllah aku nak masuk Universiti tahun ni.. Dan aku harap sangat aku dapat bangga kan ayah aku dengan keputusan SPM aku nanti.. InsyaAllah.!

Wednesday, 1 February 2012

Cinta.???????

      Cinta.??? Apa sebenar nye maksod cinta tu.? Aku rasa ramai sebenar nye yang tak tahu makna cinta tu.. Aku sendiri pun mengaku yang aku tak tahu maksod sebenar cinta.. Yang aku tahu adalah kasih sayang yang tercipta antara seorang lelaki dan perempuan.. Tapi aku pelik, kalau betol lah dua2 insan ni saling sayang antara satu sama lain tapi kenapa majoriti semuanye kecundang di tengah jalan.? Pelik kan.? Dulu, aku ni boleh dikira playgirl lah jugak.. Kalau aku couple, memang tak cukup lah satu laki.. (mesti korang kutuk aku an.?).. Aku tak kisah korang nak cakap aku ni pe, tapi tu semua dulu.. Aku jadi playgirl pun bersebab.. Sebabnye adalah daripada sejarah family aku sendiri.. (sorry aku tak boleh cerita lebih2 pasal family aku).. Tapi sekarang ni alhamdulillah family aku dah okay.. Aku bersyukur sangat.. And aku pun dah tak jadi playgirl macam dulu lagi.. Setelah hampir 2 tahun aku tak couple dengan sape2 sebab aku nak ubah perangai, lepas tu aku jumpa dengan sorang laki ni.. Cukup aku gelar dia sebagai "Along" je.. Bile aku dah kenal dia, aku seronok sangat.. Sampai lah aku couple dengan dia and aku berazam yang aku akan setia kat dia.. Waktu kite orang couple tu okay je.. Tak ada lah banyak sangat problem.. Sampai satu masa, aku dapat tahu yang dia "dua" kan aku.. Budak perempuan tu satu sekolah dengan dia.. Aku tak sama sekolah dengan dia.. Nama budak tu "Sue".. Aku bengang and sedih sangat waktu tu.. Aku IM ngan pompuan tu kat FB.. Mula2 dia tak nak ngaku, tapi akhir nye dia mengaku jugak.. Walaupun aku tahu yang along "dua" kan aku, tapi aku still nak stay dengan dia.. Aku tak nak clash melainkan dia yang mintak.. Sampai kan kawan2 aku semua kutuk2 aku.. Dorang cakap aku ni bodoh, bangang lah sebab still lagi nak setia dengan lelaki macam tu.. Tapi aku dengar je dorang cakap, aku tak ikut pun.. Aku terlalu sayang kan dia.. Ni lah yang dinamakan Cinta Itu Buta.. Mata aku dah tertutup sebab dah terlalu sayang kan dia.. Semua ni berlarutan sampai lah bulan 11 tahun lepas.. Waktu 7/11/2011 lebih kurang pukul 10.30 malam macam tu, aku dapat mesej daripada dia.. Dia cakap yang dia "lepaskan" aku sebab dia lebih pilih perempuan tu.. Aku seakan-akan tak boleh terima semua tu.. Lepas aku baca mesej tu, aku terus mengamuk satu dorm.. Sampai kan aku tertengking kawan baik aku yang banyak bagi semangat kat aku.. Tak cukup dengan tu, aku minum ubat batuk hampir satu botol.. And tetibe eiqa masok dorm aku and dia tepis botol tu.. Ubat batuk yang tinggal sikit kat dalam botol tu tertumpah kat lantai sikit.. Aku buat semua tu sebab aku nak tido.. Aku tahu aku tak kan boleh tido punye.. Lepas tu aku terus baring kat katil aku kat asrama.. Semalaman aku tak tido.. Esok pagi bile aku bangun tido, mata aku bengkak giler.. Ramai yang perasan.. Aku pun cover mata aku yang bengkak tu gune sapu tangan aku.. Nasib baik lah waktu kat sekolah tu cikgu tak masok sangat because waktu tu dah nak SPM, so time untuk study sendiri je.. Terus terang aku kata kan, aku memang tak boleh terima semua ni sebab nye dia tinggal kan aku betul2 lagi seminggu aku dah nak SPM.. Korang boleh bayangkan tak macam mana aku terseksa.? Dengan nak study lagi, tambah pulak dengan kes putus cinta.. Waktu tu aku teringat dengan kata2 cikgu kaunseling kesayangan aku (cikgu nina).. Cikgu Nina pernah cakap kat kite orang jangan sesekali putus cinta time dah nak dekat SPM sebab semua tu akan mengganggu our concentration.. Tapi itulah yang terjadi kat aku.. Memang konsentrasi aku terganggu giler waktu tu.. Orang lain tiap2 malam stay-up untuk belajar.. Tapi aku pulak tak habis2 nangis.. Tak cukup dengan tu, aku dapat tahu daripada Lilyk (ketua kelas aku), Lilyk cakap kat aku yang dia ada stalker Sue.. Sue tulis kat status dia "kalau aku dah dapat aku tak kan lepas".. Aku rasa status tu memang untuk aku.. Bertambah lah kesakitan kat hati aku ni.. Aku tak kan ambil port sangat pasal perempuan tu kalau dia dengan aku lebih kurang je.. Ni tak, dah lah bawah aku (dasar budak hingusan).. Kawan2 aku semua dok nasihat kan aku supaya aku belajar.. Sikit cakap dorang pun aku tak dengar.. Sampai lah lagi 3 hari nak SPM, baru lah aku sedar and aku study giler2.. Nasib baik lah kepala otak aku ni cepat pick-up.. And sepanjang SPM berlangsung, aku malas nak fikir pasal dia.. Aku just focus on my paper.. Sampai lah last paper, aku dapat jugak jawab.. Alhamdulillah.. Bile SPM dah abis, aku baru rasa yang ada hikmah Allah bagi dugaan ni kat aku.. Hikmah nye ialah supaya aku tak buat benda2 bodoh yang boleh mencederakan diri aku ni.. Aku rasa sebab SPM lah yang mengikat aku untuk tak buat benda2 bodoh tu.. Walaupun memang ada terlintas kat dalam kepala aku nak buat benda2 bodoh tu..  And lepas aku habis SPM, sekali lagi hati aku ni sakit sangat bile aku tengok kat FB dia yang dia dah wat status "Married to Blue Muniko".. Pedih giler rasa hati aku ni..
 Tengok lah muka perit aku ni..

Sejujurnye memang aku tak lupakan dia lagi waktu tu.. And cara aku untuk tak sakit hati lagi, aku terus BLOCK pompuan tu sampai lah sekarang.. Aku hanya couple dengan dia selama 8 bulan 20 hari..

            Walaupun tu cerita tahun lepas, tapi sekarang ni aku rasa aku dah boleh terima yang dia dah bahagia dengan orang lain.. Benda ni semua makan masa selama 3 bulan jugak.. Yelah, bukan senang kite nak lupakan orang yang kite sayang an.? Sekarang ni, aku dah malas nak fikir pasal lelaki.. Aku just move on dengan life aku tanpa lelaki.. Dan aku rasa bahagia sangat.. Tak payah nak pening2 kepala..
 Tengok lah muka bahagia aku sekarang ni.. HAHA

Sekarang ni, aku just kawan je dengan semua orang dan tu semua membuat kan aku happy.. And sekarang ni aku just nak continue my study di Universiti nanti (insyaAllah) and aku nak bangga kan family aku.. And aku jugak sekarang ni sedang mencintai Yang Maha Esa.. Itu adalah yang terbaik sebenarnye.. Semua nye aku serahkan padaNya sahaja.. Jodoh dan pertemuan serta ajal dan maut di tangan Tuhan.. Dan aku sebagai hambaNya perlu Redha dan Tawakal.. Setuju sangat dengan skrip yang diucapkan oleh Lisa Surihani dalam filem Ombak Rindu (Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah)..

Monday, 16 January 2012

This is My Hero.. Go 24..!!

Entah sejak bila lah aku pandai minat kat Muslim Ahmad ni pun aku tak tahu.. But he's a great defender of Malaysia.. You did very well Muslim.. Chaiyok2.!! I will always supporting you.. Wah.!!
Tapi ni video 2 tahun lepas.. Tahun ni umur dia dah 23 tahun dah..

Monday, 9 January 2012

My Life is more better because......

Dah lama rasanye tak update blog ni kan.. Sorry lah bukan tak nak update, tapi tak ada apa perkara yang best berlaku.. haha.. Borink jer.. Tak tahu nak citer apa.. Tapi sekarang ni aku ada something yang aku nak share.. Aku just nak share rasa "bahagia" aku ni.. Haha.. Macam sebelum ni tak bahagia je an.? Actually, sebelum ni aku happy jugak, tapi tak lah se-happy sekarang ni.. Nak tahu tak kenapa aku happy sangat.?? Aku happy sebab semenjak dua menjak ni ada orang yang buat hidup aku happy.. Aku pun happy jugak dengan dia.. Tapi jangan salah sangka okay, kite orang tak "couple" pun.. Aku senang sangat dengan dia sebab dia ni jenis yang mesra alam..haha.. Peramah and suka buat lawak.. Dia selalu buat aku ketawa dengan gelagat dia..haha..

    Tapi, kite orang ni satu je.. Kalau jumpa jer asyik nak bertegang urat je... Masing-masing tak sepakat.. Aku pulak memang jenis yang keras kepala langsung tak nak dengar cakap dia.. haha.. Padan muka dia.. Tapi aku dapat rasa ada something yang lain antara kite orang.. Aku pun tak tahu apa.. haha.. Walaupun dia tua 6 tahun daripada aku.. Mak ai,tua nye...haha.. Sorry.. Cara dia layan aku pun lain.. Tak macam dia layan budak2 lain.. Haih.. Just forget it.. Tolong jangan cakap yang kite orang ni dah fall in love.. I'm not ready yet..  Aku just selesa berkawan dengan dia.. By the way, thanks sebab buat aku ketawa and happy sangat3 dengan kau, wahai abang syafiq.!