Female Bear Cute With Flower Hairpin

Tuesday, 21 January 2014

Dugaan yng hebat untuk orang yang hebat - Asmida

Untuk entry kali ni tetibe aku teringatkan tajuk yang atas tu.. Actually, tajuk tu adalah ungkapan daripada kawan course aku iaitu Asmida.. Dia ucapkan ayat tu kat aku time aku sem 1 dulu selepas aku menangis sebab baru sahaja kehilangan arwah ayah sekali gus membawa gelaran anak yatim piatu.. Ayat tu selalu terngiang-ngiang kat telinga aku bila aku menangis teringatkan arwah ayah..
Ada juga yang aku dengar, ujian yang hebat untuk orang yang hebat..SABAR kerana Allah tahu betapa gigihnya kamu usaha untuk bangkit dan terus melangkah..
Kesusahan. Keperitan. Kepayahan. Itu semua yang aku perlu lalui pada saat permulaan hidup aku setelah bergelar anak yatim piatu..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Itu sahaja ungkapan daripada saudara-mara aku kepada kami 3 beradik..
Ramai rang cakap, untung kalau jadi anak yatim piatu sebab ramai yang nak membantu.. Memang untung dari segi tu tapi secara jujur, dorang semua bukannye nak kan bantuan tapi kasih sayang ibu dan ayah itu lah yang kami nak sebenarnya.. Pemergian kedua ibu bapa kita adalah kehlangan terbesar dalm hidup kita sebagai seorang anak didunia ni..
Sesungguhnya mereka tiada gantinya didunia dan jugak diakhirat..