Gambar yang kat atas ni kite orang tangkap time kite orang baru je sampai kat Penang.. Muka kawan2 aku semua comell je tapi muka aku muka mengantuk je.. Bukan setakat mengantuk malah sedikit keletihan sebabnye aku lah yang menjadi "driver" dorang ke Penang ni..hehe..
Gambar yang kat bawah ni pulak kite orang snap kat Batu Feringghi.. Masing2 gian sangat nak mandi laut.. So,bila dah jumpa laut, ni lah jadinye..
Gambar yang kat bawah ni pulak kite orang snap kat Batu Feringghi.. Masing2 gian sangat nak mandi laut.. So,bila dah jumpa laut, ni lah jadinye..
Ceria je kan kawan2 aku ni.??Haha.. Aku HAPPY sangat bila tengok dorang ceria cam ni.. Sebelum2 ni bukan lah dorang tak ceria, cuma masing2 kerjanye asyik menghadap buku je.. Naik bosan jugak aku tengok kadang2.. Tapi bila bawa dorang kat sini, terserlah keceriaan muka dorang.. Mesti korang pelik an kenapa aku takde dalam gambar tu.. Actually, waktu ni I've got a big big big problem.. Aku curi masa2 cam ni untuk tenangkan fikiran aku yang memang sedia serabut waktu ni ea..
Now, bermula lah kisah yang tak berapa nak happy.. Seriously, apa yang jadi dalam hidup aku sekarang ni bukanlah aku yang mintak.. Aku sedih sangat3 sebab ada yang salah anggap pasal aku and dia.. Aku dituduh sebagai "PERAMPAS!!".. Title yang paling aku tak suka dengar.. For the 1st time in my life benda ni jadi.. Sepanjang aku hidup kat muka bumi Allah ni, aku tak pernah dituduh sebagai "perampas" boyfriend kawan aku sendiri.. And perkara ni lah yang aku paling takut sekali.. And now, betul2 jadi.. Bila aku renung balik kata2 arwah ayah aku memang betul.. Arwah ayah pernah cakap "kita jangan terlalu takot dengan sesuatu keadaan tu sebab satu hari nanti kemungkinan perkara yang kita takut tu lah yang akan jadi".. Ini adalah perkara ke-2 yang aku takut benda ni jadi, tapi jadi jugak akhirnye.. Perkara pertama yang aku takut jadi dulu ialah aku takut kalau suatu hari nanti ayah aku jatuh sakit and tinggalkan aku buat selama-lamanya.. And ia benar2 terjadi pada bulan 4 tahun ni bila arwah ayah jatuh sakit and akhirnye menghembuskan nafasnye yang terakhir.. And now, the 2nd thing bila orang tuduh aku "perampas" boyfriend kawan aku.. Aku sedih sangat bila dituduh cam ni oleh kawan2 yang aku paling percaya.. Tak perlu lah aku ceritakan secare detail apa yang terjadi sebab aku taknak mengaibkan sesiapa.. Benda dah pun berlaku.. Nasi dah jadi bubur.. Tak ada yang boleh diubah.. Cuma aku tak suka dituduh macam ni tanpa korang dengar penjelasan daripada mulut aku.. Tak dapat aku gambar kan perasaan sedih yang aku alami sekarang ni..
Hanya melalui emoticon ni je lah aku dapat gambarkan muka aku sekarang ni..
Tapi comell jugak an emoticon ni.?? (same like me)..HAHA..
Aku bukannye sedih je atas apa yang jadi pada aku sekarang ni.. Tapi kadang2 tu aku pun confused sebab aku tak tahu macam mana nak settlekan masalah ni sebab nye semua orang taknak dengar penjelasan daripada pihak aku.. Aku kecewa sebab sepatutnye bila jadi cam ni kite tak sepatutnye dengar daripada sebelah pihak je.. Kedua-dua pihak perlu bersuara.. Dan kepada yang mendengar, terpulanglah kepada korang sama ada nak percaya pihak yang mana satu.. Masing2 dah besar an.. Boleh fikir mana satu yang betul and mana satu yang salah.. And jangan nak judge orang sesuka hati kalau korang tak tahu cerita sebenar..
Nampak tak betapa confused nye aku sampai ada 3 tanda soal kat atas kepala aku tu..hehe..
Tanda soal yang pertama untuk soalan ni, "Kenapa dorang sanggup tuduh aku cam tu tanpa dengar penjelasan aku??".. Kedua, "Sampai bila dorang akan aim aku sebagai "perampas".??" and yang ketiga, "Bila lah masalah ni nak selesai.??"
Bila dah jadi confused ni, mulalah kepala aku serabut memikirkan apa yang jadi ni.. Sampai tak tidur malam aku dibuatnye.. Bukan setakat tak tidur malam, malah aku larikan diri aku daripada semua benda ni dengan cara overnight ke Penang bersama kawan2 baik aku..
Walaupun ramai yang pandang serong kat aku sekarang ni and nama aku pun agak buruk jugak, tapi aku bersyukur sangat3 sebab aku masih ada Aina, Ida, Yaya, Mira and classmates aku yang banyak bagi support and nasihatkan aku.. Thanks so much, friends.. Aku sayang korang sangat3.. And tak lupe jugak kepada "si dia" yang bagi kata2 semangat and banyak jugak nasihatkan aku..ILOVEYOU!!! <3
Sampai disini je lah aku taip.. Nanti kalau ada cerita2 baru, aku akan share ngan korang lagi kay.. Bubye.!