Female Bear Cute With Flower Hairpin

Friday, 17 February 2012

..conFusEd...

Sekarang ni aku betul tengah keliru.. Nak tawu pasal apa.?? Pasal "LELAKI".. Sekarang ni status aku ialah SINGLE so aku bebas lah nak berkawan dengan sesiapa kan.. Tapi masalah nye, aku cuma nak berkawan dengan semua orang tak kisah lah dia lelaki ker perempuan.. Kalau kawan dengan perempuan memang aku tak ada masalah lah tapi kalau berkawan dengan lelaki ni memang banyak masalah.. Nak tawu kenapa.?? Aku cuma anggap dia sebagai kawan aku tapi entah macam mana dia cakap yang dia anggap aku lebih daripada seorang kawan.. Hey gilerr ker.?? Aku dah banyak kali cakap kat dia yang "we're just friend".. Tapi tidak bagi dia.. Dia cakap kat aku yang cara aku ni seolah-olah macam aku pun ada feeling kat dia.. Apa yang aku dah buat sampai dia cakap macam tu.?? Setahu aku, semua orang aku layan sama rata je.. Tak ada yang lebih pun..

      Kadang-kadang aku sendiri pelik.. Kawan-kawan perempuan aku pun ramai yang cakap aku ni kalau berkawan dengan lelaki seolah-olah yang aku ni bagi harapan kat dorang.. WHAT.?? Oh gosh.. Tapi aku tak rasa macam tu pun.. Sikap aku yang macam mana yang buat dorang boleh fikir aku ni bagi harapan kat dorang.?? Pening nye lah kepala aku.. Macam sekarang ni pun sama, aku ada kawan dengan seorang lelaki ni yang cukup aku introduce sebagai "A".. Aku mula kawan rapat dengan dia last month.. Itu pun secara tak sengaja lah.. Then, tetibe hari tu dia ajak aku couple.. Oh gosh.! Aku ni bukan lah jenis yang senang-senang nak terima semua tu sebab nye aku takkan ada perasaan langsung kat orang yang aku dah anggap dia kawan aku.. Sorry to say lah bro..

       Sekarang ni cara aku untuk mengelak dari semua ni, aku jauh kan diri daripada dorang.. Bila dorang text aku, aku tak balas.. Kalau dorang call aku, aku tak angkat.. And kalau dorang IM aku kat FB, aku buat bodoh je.. Aku nak korang tahu yang aku anggap korang KAWAN aku.. Not more than that okay.. Sekarang ni dalam kepala otak aku ni tak terfikir langsung nak couple.. Aku cuma fikir nak STUDY, STUDY and STUDY je.. Aku bukan nye tak cuba untuk buka pintu hati aku tapi masalahnye korang tak pandai nak ambil hati aku and korang jugak tak boleh sentuh kat sudut hati aku yang paling dalam tu.. (wah jiwang lah pulak).. Tapi tu jujur dari hati aku..

Sunday, 5 February 2012

Today is MY BIRTHDAY.!!!

Hari ni adalah hari jadi aku (5/2/1994).. 18 tahun yang lepas arwah mak aku lahirkan aku tepat jam 2.05pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Tapi 10 tahun yang lepas, mak aku pergi tinggal kan aku selama-lamanye.. Malam tadi orang pertama yang wish "Happy Birthday" kat aku ialah "Afiq".. Orang kedua, my bff (Nina).. Then, seterusnye ialah My Love Daddy (En. Mohd Sharif).. Waktu ayah aku wish aku malam tadi, aku rasa terharu sangat sampai aku menangis sebabnye ayah aku dah berjaya besarkan aku selama 10 tahun ni tanpa ada arwah mak aku.. Besar sangat pengorbanan ayah aku.. I'm so appreciate it.! Thanks so much Ayah.. I never stop to LOVE YOU.!! And ramai lagi lah yang wish especially kat FB.. Thanks kepada semua yang wish birthday aku tak kisah lah through my handphone or my FB account and also my Twitter account..

        Aku still lagi tak sambut birthday aku lagi dengan family aku.. Maybe malam ni kot baru sambut.. Tunggu semua balik dulu.. hehe.. By the way, malam ni aku nak keluar dengan someone.. Dia ambil aku kat rumah and nak belanje makan McD.. So, tak sabar rasanye nak tunggu malam ni..hehe.. Setakat ni present pun aku tak dapat lagi.. Tapi tak pe, aku tak kesah pun semua tu.. Dengan ada nye orang2 yang aku sayang and orang yang sayang kan aku kat sisi aku on my birthday ni pun dah dikire sebagai birthday present for me.. Harapan aku sempena birthday aku yang ke-18 tahun ni adalah aku nak berjaya dalam hidup and aku tak nak pandang ke belakang lagi.. Just look forward and move on with my life.. And insyaAllah aku nak masuk Universiti tahun ni.. Dan aku harap sangat aku dapat bangga kan ayah aku dengan keputusan SPM aku nanti.. InsyaAllah.!

Wednesday, 1 February 2012

Cinta.???????

      Cinta.??? Apa sebenar nye maksod cinta tu.? Aku rasa ramai sebenar nye yang tak tahu makna cinta tu.. Aku sendiri pun mengaku yang aku tak tahu maksod sebenar cinta.. Yang aku tahu adalah kasih sayang yang tercipta antara seorang lelaki dan perempuan.. Tapi aku pelik, kalau betol lah dua2 insan ni saling sayang antara satu sama lain tapi kenapa majoriti semuanye kecundang di tengah jalan.? Pelik kan.? Dulu, aku ni boleh dikira playgirl lah jugak.. Kalau aku couple, memang tak cukup lah satu laki.. (mesti korang kutuk aku an.?).. Aku tak kisah korang nak cakap aku ni pe, tapi tu semua dulu.. Aku jadi playgirl pun bersebab.. Sebabnye adalah daripada sejarah family aku sendiri.. (sorry aku tak boleh cerita lebih2 pasal family aku).. Tapi sekarang ni alhamdulillah family aku dah okay.. Aku bersyukur sangat.. And aku pun dah tak jadi playgirl macam dulu lagi.. Setelah hampir 2 tahun aku tak couple dengan sape2 sebab aku nak ubah perangai, lepas tu aku jumpa dengan sorang laki ni.. Cukup aku gelar dia sebagai "Along" je.. Bile aku dah kenal dia, aku seronok sangat.. Sampai lah aku couple dengan dia and aku berazam yang aku akan setia kat dia.. Waktu kite orang couple tu okay je.. Tak ada lah banyak sangat problem.. Sampai satu masa, aku dapat tahu yang dia "dua" kan aku.. Budak perempuan tu satu sekolah dengan dia.. Aku tak sama sekolah dengan dia.. Nama budak tu "Sue".. Aku bengang and sedih sangat waktu tu.. Aku IM ngan pompuan tu kat FB.. Mula2 dia tak nak ngaku, tapi akhir nye dia mengaku jugak.. Walaupun aku tahu yang along "dua" kan aku, tapi aku still nak stay dengan dia.. Aku tak nak clash melainkan dia yang mintak.. Sampai kan kawan2 aku semua kutuk2 aku.. Dorang cakap aku ni bodoh, bangang lah sebab still lagi nak setia dengan lelaki macam tu.. Tapi aku dengar je dorang cakap, aku tak ikut pun.. Aku terlalu sayang kan dia.. Ni lah yang dinamakan Cinta Itu Buta.. Mata aku dah tertutup sebab dah terlalu sayang kan dia.. Semua ni berlarutan sampai lah bulan 11 tahun lepas.. Waktu 7/11/2011 lebih kurang pukul 10.30 malam macam tu, aku dapat mesej daripada dia.. Dia cakap yang dia "lepaskan" aku sebab dia lebih pilih perempuan tu.. Aku seakan-akan tak boleh terima semua tu.. Lepas aku baca mesej tu, aku terus mengamuk satu dorm.. Sampai kan aku tertengking kawan baik aku yang banyak bagi semangat kat aku.. Tak cukup dengan tu, aku minum ubat batuk hampir satu botol.. And tetibe eiqa masok dorm aku and dia tepis botol tu.. Ubat batuk yang tinggal sikit kat dalam botol tu tertumpah kat lantai sikit.. Aku buat semua tu sebab aku nak tido.. Aku tahu aku tak kan boleh tido punye.. Lepas tu aku terus baring kat katil aku kat asrama.. Semalaman aku tak tido.. Esok pagi bile aku bangun tido, mata aku bengkak giler.. Ramai yang perasan.. Aku pun cover mata aku yang bengkak tu gune sapu tangan aku.. Nasib baik lah waktu kat sekolah tu cikgu tak masok sangat because waktu tu dah nak SPM, so time untuk study sendiri je.. Terus terang aku kata kan, aku memang tak boleh terima semua ni sebab nye dia tinggal kan aku betul2 lagi seminggu aku dah nak SPM.. Korang boleh bayangkan tak macam mana aku terseksa.? Dengan nak study lagi, tambah pulak dengan kes putus cinta.. Waktu tu aku teringat dengan kata2 cikgu kaunseling kesayangan aku (cikgu nina).. Cikgu Nina pernah cakap kat kite orang jangan sesekali putus cinta time dah nak dekat SPM sebab semua tu akan mengganggu our concentration.. Tapi itulah yang terjadi kat aku.. Memang konsentrasi aku terganggu giler waktu tu.. Orang lain tiap2 malam stay-up untuk belajar.. Tapi aku pulak tak habis2 nangis.. Tak cukup dengan tu, aku dapat tahu daripada Lilyk (ketua kelas aku), Lilyk cakap kat aku yang dia ada stalker Sue.. Sue tulis kat status dia "kalau aku dah dapat aku tak kan lepas".. Aku rasa status tu memang untuk aku.. Bertambah lah kesakitan kat hati aku ni.. Aku tak kan ambil port sangat pasal perempuan tu kalau dia dengan aku lebih kurang je.. Ni tak, dah lah bawah aku (dasar budak hingusan).. Kawan2 aku semua dok nasihat kan aku supaya aku belajar.. Sikit cakap dorang pun aku tak dengar.. Sampai lah lagi 3 hari nak SPM, baru lah aku sedar and aku study giler2.. Nasib baik lah kepala otak aku ni cepat pick-up.. And sepanjang SPM berlangsung, aku malas nak fikir pasal dia.. Aku just focus on my paper.. Sampai lah last paper, aku dapat jugak jawab.. Alhamdulillah.. Bile SPM dah abis, aku baru rasa yang ada hikmah Allah bagi dugaan ni kat aku.. Hikmah nye ialah supaya aku tak buat benda2 bodoh yang boleh mencederakan diri aku ni.. Aku rasa sebab SPM lah yang mengikat aku untuk tak buat benda2 bodoh tu.. Walaupun memang ada terlintas kat dalam kepala aku nak buat benda2 bodoh tu..  And lepas aku habis SPM, sekali lagi hati aku ni sakit sangat bile aku tengok kat FB dia yang dia dah wat status "Married to Blue Muniko".. Pedih giler rasa hati aku ni..
 Tengok lah muka perit aku ni..

Sejujurnye memang aku tak lupakan dia lagi waktu tu.. And cara aku untuk tak sakit hati lagi, aku terus BLOCK pompuan tu sampai lah sekarang.. Aku hanya couple dengan dia selama 8 bulan 20 hari..

            Walaupun tu cerita tahun lepas, tapi sekarang ni aku rasa aku dah boleh terima yang dia dah bahagia dengan orang lain.. Benda ni semua makan masa selama 3 bulan jugak.. Yelah, bukan senang kite nak lupakan orang yang kite sayang an.? Sekarang ni, aku dah malas nak fikir pasal lelaki.. Aku just move on dengan life aku tanpa lelaki.. Dan aku rasa bahagia sangat.. Tak payah nak pening2 kepala..
 Tengok lah muka bahagia aku sekarang ni.. HAHA

Sekarang ni, aku just kawan je dengan semua orang dan tu semua membuat kan aku happy.. And sekarang ni aku just nak continue my study di Universiti nanti (insyaAllah) and aku nak bangga kan family aku.. And aku jugak sekarang ni sedang mencintai Yang Maha Esa.. Itu adalah yang terbaik sebenarnye.. Semua nye aku serahkan padaNya sahaja.. Jodoh dan pertemuan serta ajal dan maut di tangan Tuhan.. Dan aku sebagai hambaNya perlu Redha dan Tawakal.. Setuju sangat dengan skrip yang diucapkan oleh Lisa Surihani dalam filem Ombak Rindu (Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah)..